Tatakelakuan Sejagat/Panduan Penguatkuasaan/Maklumat untuk pengundi
Undian seluruh masyarakat yang terkini tentang Garis Panduan Penguatkuasaan yang disemak oleh Kod Tatakelakuan Sejagat telah dihitung dan diteliti.
Selepas 3097 pengundi daripada 146 masyarakat Wikimedia mengundi, hasilnya 76% menyokong Garis Panduan Penguatkuasaan dan 24% membantah. Perangkaan dan ringkasan terperinci ulasan yang diserahkan semasa undian sudah sedia ada. Terima kasih semua yang menyertainya. |
Undian untuk mengesahkan Semakan Garis Panduan Penguatkuasaan untuk Kod Tatakelakuan Sejagat (UCoC) telah diadakan dari 17 Januari 2023 hingga 31 Januari 2023 23:59:59 (UTC) melalui SecurePoll. Semua pengundi yang layak dalam Komuniti Wikimedia mempunyai peluang untuk menyokong atau menentang penggunaan Garis Panduan Penguatkuasaan, dan berkongsi sebabnya. Pengesahan garis panduan penguatkuasaan adalah perlu untuk mewujudkan laluan dan proses penguatkuasaan untuk UCoC. Dapatkan butiran lanjut tentang arahan mengundi, termasuk kelayakan pengundi, di bawah.
Lihat juga Soalan Lazim tentang Pengundian untuk mendapatkan maklumat tentang membuang undi.
Proses pengundian
Jika Anda berhak memberikan undi:
- Semak semakan garis panduan penguatkuasaan untuk dasar Kod Tatakelakuan Sejagat.
- Putuskan apakah Anda menyokong atau menolak pengesahan Panduan Penguatkuasaan. Jika Anda menolak, tuliskan perubahan yang ingin Anda sarankan pada Panduan beserta undi Anda.
- Pelajari bagaimana cara memberikan undi dengan SecurePoll.
- Baca dan ikuti arahan pada laman pemilihan di SecurePoll.
- Ingatkan ahli komuniti lain untuk memilih!
Apa yang menjadi objek pengundian kali ini?
Pada pertengahan Januari, Garis Panduan Penguatkuasaan (EG) untuk Kod Tatakelakuan Sejagat akan menjalani undian ratifikasi/pengesahan seluruh komuniti kali kedua. Ini berikutan undian Mac 2022, yang memberikan keputusan sokongan majoriti, tetapi menyerlahkan kebimbangan penting komuniti yang diminta oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat (CAC) Lembaga untuk disemak. Jawatankuasa Semakan menyemak input komuniti dan membuat perubahan. Hal yang diberi perhatian seperti mengimbangi privasi dan ketelusan, serta keperluan latihan dan pengesahan, telah dikemas kini.
Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia menyokong digelarnya pengundian komun atas panduan penguatkuasaan UCoC, selepas mengesahkan naskhah dasar UCoC. Para pemegang amanah juga mengakui keinginan digelarnya suatu undian oleh surat terbuka dari Jawantankuasa-jawatankuasa Timbang Tara dan kaji selidik terhadap para sukarelawan fungsionaris, ahli pertubuhan bersekutu tempatan, dan jawatankuasa penggubal.
Salah satu cadangan utama dari tujuan strategik untuk tahun 2030 ialah penciptaan UCoC secara kolaboratif untuk memberikan suatu dasar kelakuan global, yang dapat diterima untuk gerakan Wikimedia, tanpa menoleransi gangguan.
Panduan Penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat
Garis panduan ini adalah untuk penguatkuasaan Kod Tatakelakuan Sejagat. Teras UCoC sebelum ini telah disahkan oleh Lembaga Pemegang Amanah selepas berunding dengan komuniti, tanpa tinjauan yang jelas di kalangan masyarakat. Ia termasuk tindakan pencegahan, detektif dan penyiasatan, dan tindakan lain yang diambil untuk menangani pelanggaran Tatakelakuan Sejagat. Penguatkuasaan terutamanya akan dikendalikan oleh, tetapi tidak terhad kepada, petugas yang ditetapkan merentasi semua projek Wikimedia dalam talian dan luar talian, acara dan ruang berkaitan yang dihoskan pada platform pihak ketiga. Ia akan dilakukan secara teratur, tepat pada masanya dan secara konsisten merentasi seluruh pergerakan Wikimedia.
Panduan Penguatkuasaann UCoC meliputi dua bahagian:
- Kerja pencegahan
- Antara lain melalui promosi atas kesedaran UCoC dan cadangan diadakannya latihan tentang UCoC
- Kerja responsif
- Perincian proses pelaporan; pemprosesan perlanggaran yang dilaporkan; pembekalan sumber daya untuk perlanggaran yang dilaporkan; dan perancangan tindakan penguatkuasaan untuk perlanggaran.
Mengapa Anda perlu memilih
Pengesahan panduan penguatkuasaan diperlukan untuk menyelesaikan tatacara mengenai laluan penguatkuasaan, proses dan tindakan untuk UCoC. Pengundian dirancang untuk menilai tingkat sokongan komuniti pada UCoC dan menghimpun maklum balas jika para pengundi mempunyai pertimbangan khas tentang proposal ini. Undi Anda amatlah penting; jika Anda mengundi "tidak", Anda disarankan untuk menjelaskan bahagian mana dari panduan ini yang tidak Anda setujui dan mengapa.
Undian Anda akan menjamin:
- Pandangan dari projek Wikimedia terwakili dalam pengundian global
Cara mengundi
Harap baca bahagian ini sebelum Anda pergi ke SecurePoll dan agar Anda dapat membuang undi dengan lancar.
- Halaman undi akan memberikan soalan pengundian dan menawarkan dua pilihan. Sila pilih "tidak" atau "ya". Undian dengan pilihan "tidak" atau "ya" tidak akan dimasukkan dalam pengiraan akhir.
- Peti “Komen” ialah tempat untuk memberikan komen tentang masalah atau pertimbangan apa pun yang ingin Anda sampaikan perihal Panduan Penguatkuasaan.
- SecurePoll kemudian akan memberi tahu Anda bahawa undi Anda telah tercatat.
- Anda dapat mengubah pilihan Anda selama tempoh pemilihan berlangsung. Pilihan baru Anda akan menghapuskan pilihan Anda sebelumnya. Anda dapat melakukannya berulang kali.
Bagaimana undi akan dikira?
Ambang melebihi 50% sokongan pengguna yang mengambil bahagian akan diperlukan untuk beralih kepada ratifikasi Lembaga Pemegang Amanah. Pada masa ini, pergerakan tidak mempunyai satu amalan pun mengenai proses pengundian bercorak lulus/gagal untuk diikuti (sesetengah proses menggunakan sesuatu yang lebih hampir kepada majoriti besar (⅔), manakala yang lain menggunakan majoriti mudah (50% +1), manakala yang lain tidak mengira angka sama sekali). Untuk proses ini, pengaturannya selaras dengan undian pada kebanyakan bidang kuasa di dunia nyata, sehingga pilihan majoriti mudah telah dipilih.
Undian akan diteliti oleh kumpulan sukarelawan bebas, dan keputusan akan diterbitkan. Seperti dengan undian pertama, pengundi akan dapat mengundi dan berkongsi kebimbangan mereka tentang garis panduan. Lembaga Pemegang Amanah akan melihat tahap sokongan dan kebimbangan yang dibangkitkan semasa mereka melihat bagaimana Garis Panduan Penguatkuasaan harus disahkan atau dibangunkan selanjutnya.
Adakah perseorangan di luar Yayasan Wikimedia akan terlibat mengawasi undian untuk mengesahkan ketulenannya?
Keputusan undian akan diteliti bagi sebarang penyelewengan oleh sukarelawan Wikimedia yang berpengalaman dalam proses pengundian dan pengesahan pergerakan. Pemeriksa undi akan diumumkan kemudian.
- HakanIST
- Operator873
- AmandaNP (reserve)
- DerHexer (reserve)
Kelayakan pengundi
Peraturan umum
Anda tidak boleh disekat dalam lebih daripada satu projek untuk layak mengundi.
Penyumbang
Anda dapat memilih menggunakan sebuah akaun berdaftar pada sebuah projek wiki Wikimedia. Anda hanya dapat memilih satu kali, berapa pun akaun yang Anda miliki. Untuk memilih, akaun tersebut perlu:
- tidak disekat di lebih satu projek; dan
- bukan merupakan akaun bot;
- dan telah mempunyai paling kurang 300 suntingan sebelum tanggal 3 Februari 2023 di seluruh projek Wikimedia;
- dan telah membuat sekurang-kurangnya 20 suntingan antara 3 Julai 2022 dan 3 Januari 2023.
AccountEligibility Alat ini boleh digunakan untuk mengesahkan kelayakan pengundian bagi editor asas dengan cepat.
Pemaju
Pemaju berhak untuk mengundi jika:
- merupakan penyelia pelayan Wikimedia dengan capaian shell
- atau telah membuat sekurang-kurangnya satu komitmen gabungan kepada mana-mana repos Wikipedia tentang Gerrit, antara 3 Julai 2022 dan 3 Januari 2023.
Syarat tambahan
- atau telah membuat sekurang-kurangnya satu komitmen gabungan kepada mana-mana repo dalam nonwmf-extensions atau nonwmf-skins antara 3 Julai 2022 dan 3 Januari 2023.
- atau telah membuat sekurang-kurangnya satu komitmen gabungan ke mana-mana repo alat Wikimedia (contohnya magnustools) antara 3 Julai 2022 dan 3 Januari 2023;
- atau telah membuat sekurang-kurangnya 300 suntingan sebelum 3 Januari 2023, dan telah membuat sekurang-kurangnya 20 suntingan antara 3 Julai 2022 dan 3 Januari 2023, di translatewiki.net;
- atau penyelenggara/penyumbang sebarang alatan, bot, skrip pengguna, gajet dan modul Lua di wiki Wikimedia;
- atau pernah terlibat secara substansial dalam proses perancangan dan/atau peninjauan pembangunan teknikal yang berkait dengan Wikimedia.
Nota: Jika anda memenuhi kriteria utama, anda akan dapat mengundi dengan segera. Disebabkan oleh had teknikal SecurePoll, individu yang memenuhi kriteria tambahan mungkin tidak boleh mengundi secara langsung, melainkan mereka memenuhi mana-mana kriteria lain. Jika anda rasa anda memenuhi kriteria tambahan, sila e-mel ucocproject@wikimedia.org dengan alasan sekurang-kurangnya empat hari sebelum tarikh terakhir untuk mengundi iaitu pada atau sebelum 27 Januari 2023. Jika anda memenuhi kriteria tersebut, kami akan menambahkan anda ke senarai manual supaya dapat mengundi.
Kakitangan dan kontraktor Yayasan Wikimedia
Kakitangan dan kontraktor Yayasan Wikimedia semasa layak mengundi jika mereka telah diambil bekerja oleh Yayasan mulai 3 Januari 2023.
Kakitangan dan kontraktor pertubuhan bersekutu Wikimedia
Cabang Wikimedia semasa, organisasi tematik atau kakitangan kumpulan pengguna dan kontraktor layak mengundi jika mereka telah diambil bekerja oleh organisasi mereka pada 3 Januari 2023.
Ahli badan formal seperti yang ditakrifkan dalam undang-undang kecil Cabang Wikimedia semasa, organisasi tematik atau kumpulan pengguna layak mengundi jika mereka telah berkhidmat dalam fungsi tersebut mulai 3 Januari 2023.
Ahli lembaga Yayasan Wikimedia dan ahli lembaga penasihat
Ahli semasa dan bekas Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia dan Lembaga Penasihat Yayasan Wikimedia layak mengundi.
Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wikimedia
Ahli semasa Jawatankuasa Pergerakan Wikimedia layak mengundi jika mereka telah berkhidmat dalam fungsi tersebut pada 3 Januari 2023.
Penganjur komuniti Pergerakan Wikimedia
Penganjur komuniti yang mempunyai kedudukan yang baik, yang tidak layak mengundi di bawah kategori lain, layak mengundi jika mereka memenuhi salah satu daripada yang berikut:
- telah memohon, menerima dan melaporkan sekurang-kurangnya satu geran Yayasan Wikimedia sejak 1 September 2021.
- adalah penganjur sekurang-kurangnya satu hackathon yang dibiayai, pertandingan atau acara Wikimedia lain dengan dokumentasi dalam wiki dan sekurang-kurangnya 10 hadirin/pelawat/peserta antara 3 Januari 2022 dan 3 Januari 2023.
Syarat tambahan
Jika anda fikir anda memenuhi kriteria tambahan, sila e-mel ucocproject@wikimedia.org dengan alasan sekurang-kurangnya empat hari sebelum tarikh terakhir untuk mengundi iaitu pada atau sebelum 27 Januari 2023. Jika anda memenuhi kriteria tersebut, kami akan menambahkan anda secara manual ke senarai pengundi.
Soalan yang sering ditanyakan
- Bagaimana saya menyemak sama ada saya berhak untuk mengundi atau tidak?
Anda boleh menggunakan AccountEligibility alat AccountEligibility untuk mengesahkan kelayakan dalam pemilihan semasa. Halaman maklumat akaun global tersedia untuk mengetahui lebih lanjut tentang kiraan penyuntingan dan sejarah sumbangan anda. - Bagaimana syarat mengundi ditentukan?
Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia menetapkan syarat kelayakan sebelum dimulainya pengundian. Ini ialah syarat yang sama yang digunakan untuk pemilihan Lembaga Pemegang Amanah. - Pengguna yang berhak untuk mengundi tetapi tidak dapat mengundi
Anda mungkin melihat mesej: "Maaf, Anda tidak ada dalam senarai pengguna yang dapat mengundi pada pemilihan ini."PenyelesaianPastikan Anda sudah masuk log.
Jika anda seorang pemaju, ahli kakitangan Yayasan Wikimedia, ahli jawatankuasa Pergerakan Wikimedia, penerima geran yang layak, atau ahli Lembaga Penasihat, anda mungkin tidak mempunyai nama pengguna tertentu dan perlu ditambahkan secara manual pada senarai pemilih. Anda boleh menghubungi ucocproject@wikimedia.org untuk ditambahkan pada senarai. Respons hendaklah dihantar dalam masa 72 jam untuk menambahkan anda ke senarai pengundi.
Jika anda masih tidak dapat mengundi dan percaya anda mempunyai hak mengundi, tinggalkan mesej pada halaman perbincangan pemilihan atau hubungi Jawatankuasa Pemilihan di ucocproject@wikimedia.org. Jawapan hendaklah dihantar dalam masa 72 jam.
- Saya tidak boleh masuk log ke VoteWiki
Anda tidak perlu masuk log ke VoteWiki untuk mengundi. Jika Anda melihat kertas undi, artinya SecurePoll telah mengenali Anda. Untuk alasan keselamatan, hanya beberapa akaun yang berdaftar di VoteWiki. - Adakah sesiapa yang dapat melihat undian saya?
Tidak, pengundian ini aman kerana menggunakan perisian SecurePoll. Pilihannya bersifat rahsia. Tiada seorang pun dari Jawatankuasa Pemilihan, Lembaga Pemegang Amanah, atau kakitangan Yayasan Wikimedia yang boleh mengaksesnya. Seorang ahli divisyen Trust & Safety Yayasan Wikimedia memegang kunci penyulitan (encryption key) untuk pengundian ini. Begitu kuncinya dibuka, pengundian akan berhenti. - Data apa yang dikumpulkan dari para pengundi?
Beberapa data pengenal peribadi tentang pengundi dapat dilihat oleh beberapa orang terpilih yang mengaudit dan mengira hasil undian. Lihat nama-nama para pengawas pengundian seperti yang diumumkan di atas.
Ini termasuk alamat IP dan user agent. Data ini secara automatik terhapus 90 hari selepas pengundian selesai.
- Bagaimana data ini akan dipergunakan?
Metrik tentang pengundian ini akan dirangkum dalam laman pengundian dan laporan akhir pengundian. Maklumat pengenal diri tidak masuk dalam hal yang akan diberitahukan. Maklumat tersebut dapat digunakan untuk menentukan banyak pengundi dan persebaran pengundi. Semasa memilih, saya tidak melihat nota bahawa undi saya telah diterima, dan muncul sebuah mesej automatik yang mengatakan bahawa saya perlu masuk untuk mengundi. Apa yang terjadi?
Anda tidak perlu log masuk ke votewiki untuk mengundi. Ralat ini berkemungkinan merupakan isu caching. Sila cuba mengundi sekali lagi di m:Special:SecurePoll/vote/394.
Harap perhatikan juga bahawa Anda bebas mengubah undi sebanyak yang Anda suka. Hanya satu undi per pengguna yang akan tersimpan. Sistem akan menukar undi lama Anda dan membuang undi sebelumnya.
Ketika Anda sudah selesai membuang undi, skrin Anda akan menampilkan tanda terima. Anda dapat menyimpannya sebagai bukti bahawa Anda telah mengundi.
- Bagaimana sistem undian ini dilindungi dari pengguna yang mengundi berkali-kali?
Hanya satu undi per pengguna yang disimpan dalam sistem. Anda bebas mengubah undi sebanyak yang Anda suka. Sistem hanya akan menukar undi lama Anda dengan yang baru. - Adakah para kakitangan dipaksa atau dianjurkan untuk mengundi salah satu pilihan?
Tidak, kakitangan Yayasan Wikimedia dan pertubuhan bersekutu tidak dianjurkan untuk memberikan suaranya pada pilihan tertentu. Kami menggalakkan semua orang untuk menugndi secara bebas. Agar panduan penguatkuasaan UCoC menjadi efektif, kami memerlukan masukan yang jujur untuk membantu kami mengetahui akan hal yang perlu diperbaiki. - Adakah divisyen Trust and Safety mempunyai bias berkait hasil undian?
Divisyen Trust and Safety mempunyai tiga cabang: Dasar (Policy), Disinformasi, dan Operasi (Operations). Unit Dasar bertugas menyokong proses UCoC, dan tidak terlibat dalam siasatan kelakuan pengguna Wikipedia. Tiada dasar yang kuat untuk beranggapan bahawa unit Operasi akan bertindak dengan bias. Pemisahan fungsi antara Operasi dan Dasar memang disengaja untuk menghalang adanya bias. Pekerjaan unit Dasar tidak dinilai dari sama ada dokumen ini disetujui oleh komuniti pada kali pertama atau pembaikan perlu dilakukan di masa hadapan; kerja mereka dinilai dari segi kelancaran pekerjaan mereka dengan komuiti. Unit Dasar perlu mengembangkan suatu pendekatan yang kolaboratif dan akan digunakan oleh komuniti untuk menguatkuasakan UCoC. Tujuan kami ialah untuk memenuhi tanggungjawab tersebut sebaik mungkin. - Soalan lain yang tidak disebutkan di sini
Untuk galat teknikal atau sistem pengundian, hubungi ucocproject@wikimedia.org. Mohon sebutkan nama pengguna yang Anda gunakan untuk mengundi dan projek di mana Anda cuba mengundi. Anggota tim projek akan menjawab emel Anda sesegera mungkin.