Jump to content

Tatakelakuan Sejagat/Panduan Penguatkuasaan/Maklumat untuk pengundi

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Universal Code of Conduct/Enforcement guidelines/Voter information and the translation is 92% complete.
Outdated translations are marked like this.
Tatakelakuan Sejagat

Undian pengesahan Panduan Penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat (UCoC) dijadualkan berlangsung pada tanggal 7 Mac 2022 sehingga 21 Mac 2022 melalui SecurePoll. Semua pengundi yang memenuhi syarat berhak untuk menyokong atau menentang pengesahan Panduan Penguatkuasaan, dan juga membagikan alasannya. Pengesahan panduan penguatkuasaan ini diperlukan untuk menetapkan laluan dan proses penguatkuasaan bagi UCoC. Halaman ini menerangkan cara memilih dan syarat pengundi.

The vote is closed and the results have been published. The proposal is approved.

Lihat juga Soalan Lazim tentang Pengundian untuk mendapatkan maklumat tentang membuang undi.

Panggilan untuk sukarelawan pengundian

Apakah Anda ingin membantu meningkatkan jumlah pengundi pada komuniti Anda? Anda tidak perlu mempunyai pengalaman dalam pengundian. Sukarelawan dapat membantu mengkhabarkan komuniti mereka tentang pengundian ini. Semua Wikimedian dipersilakan bergabung! Pastikan kepentingan komuniti Anda turut diperhitungkan dalam pengundian mengenai pengesahan (7 - 21 Mac 2022)! Anda dapat mendaftar di Meta-wiki untuk menerima pembaharuan, menggunakan halaman perbincangan untuk bertanya tentang terjemahan, atau Anda dapat menghubungi kami di ucocproject@wikimedia.org

Proses pengundian

Jika Anda berhak memberikan undi:

  1. Bacalah Panduan Penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat.
  2. Putuskan apakah Anda menyokong atau menolak pengesahan Panduan Penguatkuasaan. Jika Anda menolak, tuliskan perubahan yang ingin Anda sarankan pada Panduan beserta undi Anda.
  3. Pelajari bagaimana cara memberikan undi dengan SecurePoll.
  4. Baca dan ikuti arahan pada laman pemilihan di SecurePoll.
  5. Ingatkan ahli komuniti lain untuk memilih!

Apa yang menjadi objek pengundian kali ini?

Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia menyokong digelarnya pengundian komun atas panduan penguatkuasaan UCoC, selepas mengesahkan naskhah dasar UCoC. Para pemegang amanah juga mengakui keinginan digelarnya suatu undian oleh surat terbuka dari Jawantankuasa-jawatankuasa Timbang Tara dan kaji selidik terhadap para sukarelawan fungsionaris, ahli pertubuhan bersekutu tempatan, dan jawatankuasa penggubal.

Salah satu cadangan utama dari tujuan strategik untuk tahun 2030 ialah penciptaan UCoC secara kolaboratif untuk memberikan suatu dasar kelakuan global, yang dapat diterima untuk gerakan Wikimedia, tanpa menoleransi gangguan.

Panduan Penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat

Panduan ini dibuat untuk memandu penguatkuasaann Tatakelakuan Sejagat. Dasar UCoC sebelumnya telah disahkan oleh Lembaga Pemegang Amanah. Panduan ini merangkumi tindakan pencegahan, pengesanan, dan siasatan, serta tindakan lain yang diambil untuk mengatasi perlanggaran UCoC. Penguatkuasaan terutamanya akan dikendalikan oleh, namun tidak terhad pada, petugas yang ditunjuk di semua projek Wikimedia luar dan dalam talian, acara, dan ruang berkait yang diselenggarakan pada pelantar pihak ketiga. Penguatkuasaan akan dilakukan secara terancang, tepat masa dan konsisten dalam gerakan Wikimedia.

Panduan Penguatkuasaann UCoC meliputi dua bahagian:

  • Kerja pencegahan
    • Antara lain melalui promosi atas kesedaran UCoC dan cadangan diadakannya latihan tentang UCoC
  • Kerja responsif
    • Perincian proses pelaporan; pemprosesan perlanggaran yang dilaporkan; pembekalan sumber daya untuk perlanggaran yang dilaporkan; dan perancangan tindakan penguatkuasaan untuk perlanggaran.

Mengapa Anda perlu memilih

Pengesahan panduan penguatkuasaan diperlukan untuk menyelesaikan tatacara mengenai laluan penguatkuasaan, proses dan tindakan untuk UCoC. Pengundian dirancang untuk menilai tingkat sokongan komuniti pada UCoC dan menghimpun maklum balas jika para pengundi mempunyai pertimbangan khas tentang proposal ini. Undi Anda amatlah penting; jika Anda mengundi "tidak", Anda disarankan untuk menjelaskan bahagian mana dari panduan ini yang tidak Anda setujui dan mengapa.

Undian Anda akan menjamin:

  • Pandangan dari projek Wikimedia terwakili dalam pengundian global

Cara mengundi

Contoh halaman pengundian pada SecurePoll. Perhatikan bahawa votewiki dapat menganggap Anda belum masuk log. Undi Anda akan tetap dikira.

Harap baca bahagian ini sebelum Anda pergi ke SecurePoll dan agar Anda dapat membuang undi dengan lancar.

* Halaman undian akan memberikan satu soalan, dan memberikan dua pilihan: "Tidak" dan "Ya"
  • Peti “Komen” ialah tempat untuk memberikan komen tentang masalah atau pertimbangan apa pun yang ingin Anda sampaikan perihal Panduan Penguatkuasaan.
  • SecurePoll kemudian akan memberi tahu Anda bahawa undi Anda telah tercatat.
  • Anda dapat mengubah pilihan Anda selama tempoh pemilihan berlangsung. Pilihan baru Anda akan menghapuskan pilihan Anda sebelumnya. Anda dapat melakukannya berulang kali.

Bagaimana undi akan dikira?

Untuk panduan ini dapat disahkan oleh Lembaga Pemegang Amanah, undian yang menyokong mesti lebih lebih dari 50%. Pada masa ini, gerakan Wikimedia tidak mempunyai amalan yang tetap mengenai proses undian bercorak layak/gagal (beberapa proses menggunakan majoriti dua pertiga, manakala yang lain menggunakan majoriti 50%+1, sementara terdapat pula yang tidak mengira angka sama sekali). Untuk proses ini, pengaturannya selaras dengan undian pada kebanyakan bidang kuasa di dunia nyata, sehingga pilihan majoriti mudah 50+1 dipilih.

Voters will be asked which elements need to be changed and why. If the vote produces a majority "no" vote, the UCoC project team will anonymize and publish the reasons given by "no" voters, and prepare a summarized report. Members of the two UCoC Drafting Committees will be invited to form a Revisions Committee; this group will look at improvements to the Guidelines based on concerns raised in the voting process. Similar to this process, the revisions will be published for review, and a second vote will be held.

Adakah perseorangan di luar Yayasan Wikimedia akan terlibat mengawasi undian untuk mengesahkan ketulenannya?

Hasil undian akan diawasi oleh Wikimedian yang yang berpengalaman dalam proses pengundian dan verifikasi surat undi. Para pemeriksa undi ialah:

  • Sj - bekas steward dan ahli Lembaga Pemegang Amanah WMF
  • User:Tks4Fish - steward, penyelia, pemeriksa, dan pengawas Wikipedia bahasa Portugis
  • Matanya – current steward, admin on hewiki and Commons, member of the Small Wiki Monitoring Team
  • TheresNoTime – current steward, administrator, checkuser and oversighter on enwiki, admin on Meta

Kelayakan pengundi

Syarat mengundi diatur oleh Lembaga Pemegang Amanah WMF. Semua penyumbang Wikimedia berdaftar yang memenuhi syarat aktiviti minimum, kakitangan dan kontraktor WMF dan pertubuhan bersekutunya (yang dipekerjakan sebelum 17 Januari 2022), dan ahli Lembaga Pemegang Amanah WMF yang sedang atau sebelumnya berkhidmat, berhak mengundi atas panduan penguatkuasaan ini di SecurePoll.

Penyumbang

Anda dapat memilih menggunakan sebuah akaun berdaftar pada sebuah projek wiki Wikimedia. Anda hanya dapat memilih satu kali, berapa pun akaun yang Anda miliki. Untuk memilih, akaun tersebut perlu:

  • tidak disekat di lebih satu projek; dan
  • bukan merupakan akaun bot;
  • telah mempunyai paling kurang 300 suntingan sebelum tanggal 7 Februari 2022 di seluruh projek Wikimedia;
  • telah membuat paling kurang 20 suntingan antara 7 Ogos 2021 sehingga 7 Februari 2022.

Aplikasi AccountEligibility dapat digunakan untuk menyemak apakah Anda berhak untuk mengundi atau tidak.

Pemaju

Pemaju berhak untuk mengundi jika:

  • merupakan penyelia pelayan Wikimedia dengan capaian shell
  • atau telah melakukan paling kurang satu merged commit pada sembarang [gerrit: repos Wikimedia di Gerrit] antara 7 Ogos 2021 sehingga 7 Februari 2022

Syarat tambahan:

  • atau telah melakukan paling kurang satu merged commit pada sembarang [$gerrit repos Wikimedia di Gerrit] antara 7 Ogos 2021 sehingga 7 Februari 2022
  • atau telah melakukan paling kurang satu merged commit pada sembarang [$gerrit repos Wikimedia di Gerrit] antara 7 Ogos 2021 sehingga 7 Februari 2022
  • atau telah membuat paling kurang 300 suntingan sebelum 7 Februari 2022, dan 20 suntingan antara 7 Ogos 2021 sehingga 7 Februari 2022, di translatewiki.net.
  • atau penyumbang/pemelihara alat, bot, skrip pengguna, perkakas, dan modul Lua pada projek Wikimedia.
  • atau pernah terlibat secara substansial dalam proses perancangan dan/atau peninjauan pembangunan teknikal yang berkait dengan Wikimedia.

Nota: Jika Anda memenuhi syarat utama, Anda akan dapat langsung mengundi. Oleh kerana keterbatasan teknikal pada SecurePoll, pengundi yang hanya memenuhi syarat tambahan mungkin tidak dapat mengundi secara langsung, kecuali jika mereka memenuhi salah satu syarat lainnya. Jika Anda merasa memenuhi syarat tambahan, sila hantar surel ke ucocproject@wikimedia.org, beserta alasan, sekurang-kurangnya empat hari sebelum ditutupnya pengundian.

Kakitangan dan kontraktor Yayasan Wikimedia

Kakitangan dan kontraktor Yayasan Wikimedia berhak mengundi jika telah dipekerjakan oleh Yayasan sebelum 17 Januari 2022.

Kakitangan dan kontraktor pertubuhan bersekutu Wikimedia

Kakitangan dan kontraktor pada chapter, pertubuhan tematik (thematic organization), atau kumpulan pengguna (user group) berhak mengundi jika telah dipekerjakan sebelum 17 Januari 2022.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia

Ahli dan bekas ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia berhak untuk mengundi.

Soalan yang sering ditanyakan

  1. Bagaimana saya menyemak sama ada saya berhak untuk mengundi atau tidak?
    Anda boleh menggunakan AccountEligibility perkakas AccountEligibility untuk memeriksa hak mengundi Anda pada pengundian ini. Halaman maklumat akaun global dapat memberikan maklumat lebih lanjut tentang banyak suntingan dan riwayat sumbangan Anda.
  2. Bagaimana syarat mengundi ditentukan?
    Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia menetapkan syarat kelayakan sebelum dimulainya pengundian. Ini ialah syarat yang sama yang digunakan untuk pemilihan Lembaga Pemegang Amanah.
  3. Pengguna yang berhak untuk mengundi tetapi tidak dapat mengundi
    Anda mungkin melihat mesej: "Maaf, Anda tidak ada dalam senarai pengguna yang dapat mengundi pada pemilihan ini."
    Penyelesaian

    Pastikan Anda sudah masuk log.

    Pastikan Anda mengundi dari Meta-wiki. Anda dapat menggunakan pautan ini untuk membuka laman awal pengundian.

    Jika Anda seorang pemaju, kakitangan Yayasan Wikimedia, atau ahli Badan Penasihat, Jawatankuasa Pemilihan mungkin tidak dapat menyambungkan Anda pada nama pengguna tertentu. Anda dapat menghubungi ucocproject@wikimedia.org agar ditambahkan ke senarai pengundi.

    Jika Anda masih tetap tidak dapat mengundi tetapi Anda mempunyai hak mengundi, harap hantar mesej dalam laman perbicaraan pemilihan atau hubungi Jawatankuasa Pemilihan di ucocproject@wikimedia.org. Kami akan mengusahakan untuk membalas mesej Anda dalam masa 72 jam.

  4. Saya tidak boleh masuk log ke VoteWiki
    Anda tidak perlu masuk log ke VoteWiki untuk mengundi. Jika Anda melihat kertas undi, artinya SecurePoll telah mengenali Anda. Untuk alasan keselamatan, hanya beberapa akaun yang berdaftar di VoteWiki.
  5. Adakah sesiapa yang dapat melihat undian saya?
    Tidak, pengundian ini aman kerana menggunakan perisian SecurePoll. Pilihannya bersifat rahsia. Tiada seorang pun dari Jawatankuasa Pemilihan, Lembaga Pemegang Amanah, atau kakitangan Yayasan Wikimedia yang boleh mengaksesnya. Seorang ahli divisyen Trust & Safety Yayasan Wikimedia memegang kunci penyulitan (encryption key) untuk pengundian ini. Begitu kuncinya dibuka, pengundian akan berhenti.
  6. Data apa yang dikumpulkan dari para pengundi?

    Beberapa data pengenal peribadi tentang pengundi dapat dilihat oleh beberapa orang terpilih yang mengaudit dan mengira hasil undian. Lihat nama-nama para pengawas pengundian seperti yang diumumkan di atas.

    Ini termasuk alamat IP dan user agent. Data ini secara automatik terhapus 90 hari selepas pengundian selesai.

  7. Bagaimana data ini akan dipergunakan?
    Metrik tentang pengundian ini akan dirangkum dalam laman pengundian dan laporan akhir pengundian. Maklumat pengenal diri tidak masuk dalam hal yang akan diberitahukan. Maklumat tersebut dapat digunakan untuk menentukan banyak pengundi dan persebaran pengundi.
  8. Semasa memilih, saya tidak melihat nota bahawa undi saya telah diterima, dan muncul sebuah mesej automatik yang mengatakan bahawa saya perlu masuk untuk mengundi. Apa yang terjadi?

    Anda tidak perlu masuk log ke votewiki untuk mengundi. Kesalahan ini kemungkinan merupakan masalah caching. Kami mohon maaf atas kerumitan ini: cuba berikan undi lagi di m:Special:SecurePoll/vote/391. Ini akan memunculkan mesej "Pungutan undi akan dilakukan di wiki pusat. Silakan klik butang di bawah ini untuk dialihkan." Klik butang ini dan Anda akan dialihkan ke pelayan pungutan undi untuk membuang undi.

    Harap perhatikan juga bahawa Anda bebas mengubah undi sebanyak yang Anda suka. Hanya satu undi per pengguna yang akan tersimpan. Sistem akan menukar undi lama Anda dan membuang undi sebelumnya.

    Ketika Anda sudah selesai membuang undi, skrin Anda akan menampilkan tanda terima. Anda dapat menyimpannya sebagai bukti bahawa Anda telah mengundi.

  9. Bagaimana sistem undian ini dilindungi dari pengguna yang mengundi berkali-kali?
    Hanya satu undi per pengguna yang disimpan dalam sistem. Anda bebas mengubah undi sebanyak yang Anda suka. Sistem hanya akan menukar undi lama Anda dengan yang baru.
  10. Adakah para kakitangan dipaksa atau dianjurkan untuk mengundi salah satu pilihan?
    Tidak, kakitangan Yayasan Wikimedia dan pertubuhan bersekutu tidak dianjurkan untuk memberikan suaranya pada pilihan tertentu. Kami menggalakkan semua orang untuk menugndi secara bebas. Agar panduan penguatkuasaan UCoC menjadi efektif, kami memerlukan masukan yang jujur untuk membantu kami mengetahui akan hal yang perlu diperbaiki.
  11. Adakah divisyen Trust and Safety mempunyai bias berkait hasil undian?
    Divisyen Trust and Safety mempunyai tiga cabang: Dasar (Policy), Disinformasi, dan Operasi (Operations). Unit Dasar bertugas menyokong proses UCoC, dan tidak terlibat dalam siasatan kelakuan pengguna Wikipedia. Tiada dasar yang kuat untuk beranggapan bahawa unit Operasi akan bertindak dengan bias. Pemisahan fungsi antara Operasi dan Dasar memang disengaja untuk menghalang adanya bias. Pekerjaan unit Dasar tidak dinilai dari sama ada dokumen ini disetujui oleh komuniti pada kali pertama atau pembaikan perlu dilakukan di masa hadapan; kerja mereka dinilai dari segi kelancaran pekerjaan mereka dengan komuiti. Unit Dasar perlu mengembangkan suatu pendekatan yang kolaboratif dan akan digunakan oleh komuniti untuk menguatkuasakan UCoC. Tujuan kami ialah untuk memenuhi tanggungjawab tersebut sebaik mungkin.
  12. Soalan lain yang tidak disebutkan di sini
    Untuk galat teknikal atau sistem pengundian, hubungi ucocproject@wikimedia.org. Mohon sebutkan nama pengguna yang Anda gunakan untuk mengundi dan projek di mana Anda cuba mengundi. Anggota tim projek akan menjawab emel Anda sesegera mungkin.