Wiki Cinta Ramadan 2025 ialah sebuah peraduan sejagat tahunan bertujuan untuk mendokumenkan dan berkongsi adat dan tradisi yang pelbagai yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan. Edisi 2025 akan memberi tumpuan pada 32 buah negara, termasuk Algeria, Bangladesh, Indonesia, Mesir, Nigeria, dan Amerika Syarikat, untuk menangkap pengamalan budaya yang kaya, warisan Islam, dan biografi tokoh Islam yang penting. Sumbangan akan berkembang ke 26 bahasa merentasi wahana seperti Wikipedia, Wikibuku, dan Wikilayar. Menerusi acara maya dan sesi latihan, WLR 2025 bertujuan untuk melibatkan komuniti yang pelbagai, mengangkat perkongsian pengetahuan dan penghargaan budaya.
Peraduan ini akan berkemungkinan berjalan dari 25 Februari hingga 15 April 2025, menumpukan pada penataran kehadiran tradisi Ramadan dan warisan Islam dalam wahana Wikimedia.
Matlamat
Wiki Cinta Ramadan 2025 bertujuan untuk merapatkan jurang dalam pengetahuan mengenai tradisi Ramadan dan sejarah Islam dalam projek Wikimedia. Dengan menggalakkan penyertaan sejagat, inisiatif ini mensasarkan untuk memperkasa kumpulan kurang diberi perhatian dan menggalakkan pendokumenan budaya dalam pelbagai bahasa.
Wawasan
Wawasan WLR 2025 ialah untuk membina sebuah wadah pengetahuan nekabahasa dan menyeluruh mengenai Ramadan, mempamerkan kepelbagaian upacaranya merentasi dunia. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman budaya, mengangkat kebanggaan dalam tradisi tempatan, dan menguatkan perwakilan komuniti Islam dalam wahana Wikimedia.
Objektif
Objektif utama Wiki Cinta Ramadan 2025 ialah:
Mencipta atau menterjemah lebih 5,000 rencana mengenai topik berkaitan Ramadan dan tokoh Islam yang penting.
Meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam projek Wikimedia, terutama di kawasan-kawasan kurang diberi perhatian.
Melibatkan penyumbang dari komuniti 32 negara dan 26 bahasa dalam mendokumenkan tradisi Ramadan dan pengamalan budaya.
Memperkuat penganjur tempatan dengan alatan, latihan, dan sumber untuk mengendalikan inisiatif peringkat negara.
Ruang lingkup
Wiki Cinta Ramadan 2025 akan menumpukan pada:
Mendokumenkan tradisi budaya, agama, dan amalan masak-memasak semasa Ramadan.
Menyerlahkan tempat ibadah dan acara komuniti
Mencipta dan menambah baik biografi tokoh sejarah Islam yang terkenal
Menggalakkan sumbangan nekabahasa merentasi 26 projek Wikimedia, termasuk Wikipedia, Wikilayar, dan Wikibuku.
Projek ini mneyepadukan acara tempatan dan maya, memastikan keterangkuman dan kebolehcapaian.
Ruang Lingkup Topik
Penyumbang digalakkan untuk tumpu pada tema berikut:
Amalan Keagamaan: Rencana bagi puasa (Saum), sembahyang (Tarawih, Tahajud), Zakat Fitrah, dan sambutan Aidilfitri.
Sejarah Ramadan: Asal usul yang bersejarah dan pengembangan Ramadan dari masa ke masa.
Aspek Budaya: Bagaimana Ramadan disambut di negara dan komuniti berbeza, termasuk tradisi budaya seperti makanan untuk sungkai dan sahur.
Tokoh Penting: Sumbangan kepada sarjana Islam yang utama, pemimpin keagamaan, dan personaliti penting berkaitan Ramadan.
Ramadan dan Seni: Puisi, muzik, dan kesusasteraan berinspirasikan Ramadan, dan bagaimana Ramadan mempengaruhi hasil budaya.
Makanan dan Tradisi: Rencana mengenai makanan tradisi Ramadan, resipi untuk sungkai dan sahur, dan adat masak-memasak merentasi budaya yang berbeza.
Rencana di luar ruang lingkup ini mungkin akan diterima selagi mana mereka menyumbang kepada kefahaman yang meluas mengenai Ramadan.
Peserta Sasaran
Peserta utama termasuklah penyumbang Wikimedia, anggota komuniti tempatan, dan perseorangan yang minat terhadap pendokumenan budaya. Perhatian khusus akan diberikan kepada penglibatan komuniti kurang diberi perhatian di negara-negara Islam. Kawasan sasaran termasuklah Algeria, Bangladesh, Indonesia, Mesir, Nigeria, dan Amerika Syarikat, antara lain.
Kegiatan Utama
Pertandingan dan Kempen: Peraduan peringkat negara dan antarabangsa untuk menggalakkan penciptaan kandungan.
Latihan dan Bimbingan: Sesi maya untuk memandu peserta dalam menggunakan wahana Wikimedia dengan berkesan.
Program Jangkauan: Kempen media sosial, poster, dan risalah komuniti untuk meningkatkan kesedaran.
Acara Tempatan: Acara bersemuka dan maya untuk melibatkan komuniti tempatan.
Pengiktirafan dan Hadiah: Anugerah untuk sumbangan berkualiti tinggi dan peserta aktif.
Dapatan Jangkaan
Lebih 5,000 rencana baharu atau ditambah baik, gambar, dan masukan data berkaitan Ramadan dan warisan Islam.
Peningkatan penyertaan daripada kawasan kurang diberi perhatian dan kumpulan bahasa.
Jaringan sejagat yang kuat bagi penyumbang Wikimedia yang minat terhadap pendokumenan budaya.
Rakan Kongsi dan Kerjasama
Untuk memastikan kejayaan, WLR 2025 akan bekerjasama dengan:
Cawangan dan kumpulan pengguna Wikimedia tempatan termasuk 32 negara yang menyertai tinjauan libat urus komuniti.
Badan kebudayaan dan keagamaan bagi menggalakkan kesedaran Ramadan.
Pempengaruh dan pendidik untuk memperluas usaha jangkauan.
Dapatan Pembelajaran dan Libat Urus Pascaperaduan
Kegiatan pascapertandingan akan merangkumi penilaian dapatan melalui tinjauan, pengiktirafan penyumbang, dan perkongsian kisah kejayaan. Inisiatif ini akan menyediakan pandangan bernilai dalam penglibatan komuniti, penciptaan kandungan nekabahasa, dan kerjasama rentas budaya, kepada Yayasan untuk kempen Wikimedia akan datang.
Melalui pendekatan menyeluruh ini, Wiki Loves Ramadan 2025 berusaha untuk menyambung jurang budaya dan pengetahuan, meraikan Ramadan sebagai sebuah tradisi perkongsian sejagat sementara meengayakan sumber Wikimedia untuk generasi akan datang.
Penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa yang berdaftar di Wikipedia. Kedua-dua penyunting berpengalaman dan baharu dialu-alukan. Tiada halangan geografi, dan sumbangan dalam semua bahasa-bahasa di Wikipedia adalah digalakkan.
Peserta boleh menyumbang dengan:
Mencipta rencana baharu.
Mengembangkan atau menambah baik rencana sedia ada.
Menterjemah rencana ke bahasa-bahasa berbeza.
Menambah rujukan dan sumber dipercayai ke dalam kandungan sedia ada.
Menambah baik rencana dengan gambar berkualiti tinggi berkaitan Ramadan dan tradisinya.
Bagi rencana sedia ada, peserta mestilah menyediakan ringkasan penambahabaikan yang dibuat, dan mesti menepati syarat saiz minimum 3,500 bait.
Semua sumbangan mestilah mengikuti dasar kandungan Wikipedia: Sudut Pandang Berkecuali (NPOV), Kebolehsahan (V), dan Bukan Penyelidikan Asli (NOR).
Rencana mestilah tidak mengandungi plagiarisme atau melanggar undang-undang hak cipta.
Peserta boleh menyerahkan berbilang-bilang rencana, tetapi setiap penyerahan mestilah menepati piawaian kualiti peraduan.
Rencana yang didapati diplagiat, sumber yang lemah, atau gagal mematuhi dasar Wikipedia akan digugurkan kelayakan.
Penganjur dan Penaja
Wiki Cinta Ramadan 2025 dianjurkan oleh pasukan sukarelawan Wikimedia sejagat. Peraduan ini disokong oleh Yayasan Wikimedia dan gabungan Wikimedia tempatan, yang menyumbang hadiah dan membantu menggalakkan acara ini.
Jika anda berminat untuk terlibat sebagai penganjur, anggota gabungan Wikimedia atau penaja, sila hubungi jawatankuasa penganjur melalui e-mel di wikimediaramadangmail.com, dan tanda tangan di sini.
Soalan Lazim
S1: Siapa boleh menyertai?
Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun berdaftar di Wikipedia boleh menyertai, tanpa mengira di mana mereka tinggal atau tahap pengalaman.
S2: Bolehkah saya menyumbang dalam bahasa selain Inggeris?
Boleh! Sumbangan dalam semua bahasa adalah digalakkan. Terdapat hadiah istimewa untuk sumbangan nekabahasa.
S3: Apa yang berlaku jika banyak pengguna mengerjakan rencana yang sama?
Usaha kerjasama adalah dialu-alukan. Dalam kes memenangi hadiah, pengguna yang mencipta rencana akan dianggap sebagai penyerah rencana.
S4: Adakah saya perlu menyerahkan rencana sana sebelum tarikh akhir?
Ya, hanya rencana yang dihantar sebelum tarikh akhir akan layak bagi peraduan ini.
S5: Bolehkah saya menambah baik rencana tunas?
Ya! Menambah baik rencana tunas atau kurang dibangunkan adalah sangat digalakkan dan boleh membawa kepada penambahbaikan yang cukup kukuh untuk diiktiraf.
Laman ini boleh dikemas kini seiring peraduan ini berkembang, dengan pautan ke laman penyertaan, maklumat jawaankuasa penganjur, dan peraturan peraduan tambahan jika perlu.