Jump to content

Pilihanraya Yayasan Wikipedia 2013

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Wikimedia Foundation elections 2013 and the translation is 100% complete.
Info The election ended 22 June 2013. No more votes will be accepted.

The results were announced on 24 June 2013.

Bantu terjemahkan pilihan raya ini.

Proses

Pilihanraya Yayasan Wikipedia 2013 akan diadakan pada 8 - 22 Jun 2013. Ahli-ahli komuniti Wikimedia berpeluang untuk mengundi calon-calon untuk tiga jawatan.

  • Tiga calon untuk Lembaga Pemegang Amanah Wikimedia yang akan berkhidmat selama dua tahun yang akan tamat pada 2015. Lembaga Pemegang Amanah adalah pihak utama yang berkuasa mengawal Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan keuntungan 501(c) (3) yang didaftarkan di Amerika Syarikat. Yayasan Wikimedia menguruskan banyak projek yang pelbagai seperti Wikipedia dan Commons.
  • Dua calon untuk Lembaga Jawatankuasa Dana Penyebaran yang akan berkhidmat selama dua tahun.
  • Satu calon sebagai Pegawai Khas Jawatankuasa Dana Penyebaran untuk berkhidmat selama dua tahun.

Pilihanraya ini diadakan secara tertutup menggunakan perisian UndianSelamat. Undian adalah rahsia dan tiada seorang pun daripada Jawatankuasa Pilihanraya, Lembaga, atau sesiapa pun dalam Yayasan Wikimedia yang dapat mengaksesnya. Kunci penyulitan untuk pilihan raya dipegang oleh pihak ketiga yang bebas; apabila diaktifkan, pilihanraya dihentikan. Sesetengah maklumat peribadi pengundi yang dikenalpasti(misalnya, alamat IP, ejen pengguna dan data lain yang sebahagian besarnya adalah serupa dengan apa yang diperoleh oleh alat Checkuser) hanya boleh dilihat oleh beberapa orang terpilih yang mengaudit dan pemungut pilihanraya (jawatankuasa pilihan raya). Pengundi mengemukakan undi dengan menggunakan sistem Sokongan/Neutral/Tidak Menyokong. Undi akan diselaraskan dan calon akan menduduki tempat mengikut peratusan sokongan, dikira mengikut bilangan undian yang menyokong calon dan dibahagikan dengan jumlah undian untuk calon-calon (pilihan "neutral" tidak dikira). Calon-calon yang mempunyai peratusan sokongan yang akan disyorkan kepada Lembaga Pemegang Amanah untuk dilantik.

Jawatankuasa pilihanraya akan mengumumkan keputusan pada atau sebelum 28 Jun 2013. Keputusan terperinci akan disediakan.

Maklumat untuk pengundi

Syarat-syarat

Penyunting

Anda boleh mengundi dengan menggunakan akaun anda pada wiki Wikimedia. Anda dibenarkan mengundi hanya sekali, tanpa mengira berapa banyak akaun yang anda ada. Syarat kelayakan yang perlu ada pada salah satu akaun:

  • tidak disekat melebihi sebuah projek, dan
  • tidak disekat pada projek yang sedang diundi, dan
  • bukan bot (aturcara komputer automatik), dan
  • telah melakukan sekurang-kurangnya 300 penyuntingan sebelum 15 April 2013 diserata wiki Wikimedia (menyunting pada beberapa wiki boleh digabungkan sekiranya akaun anda disatukan dalam satu akaun).
  • telah menyunting sekurang-kurangnya 20 penyuntingan diantara 15 Disember 2012 dan 30 April 2013.
Pembangunan

Para pembangun layak untuk mengundi jika mereka:

  • Merupakan pentadbir pelayan Wikimedia dengan akses shell; atau
  • Ada melakukan akses dan telah melakukan sekurang-kurangnya satu gabungan git di antara 1 Mei 2012 dan 30 April2013.
Pekerja dan kontraktor

Para pekerja dan kontraktor Wikimedia Foundation sekarang layak untuk mengundi sekiranya mereka telah diambil bekerja oleh Yayasan pada 30 April 2013.

Ahli lembaga pengarah dan ahli-ahli lembaga penasihat

Bekas dan ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Lembaga Penasihat semasa adalah layak untuk mengundi.

Maklumat untuk calon-calon

Semua calon mesti memenuhi kelayakan sebagai pengundi, begitu juga keperluan peranan khusus. Pencalonan berganda tidak dibenarkan

  • Tekan sini untuk maklumat lanjut tentang calon Lembaga Pemegang Amanah Wikimedia
  • Tekan sini untuk maklumat lanjut tentang calon Jawatankuasa Dana Penyebaran
  • Tekan sini unutk maklumat lanjut tentang calon Pegawai Khas Jawatankuasa Dana Penyebaran

Organisasi

Garis masa

  • 24 April – 17 Mei 2013: permohonan calon
  • 17 Mei 2013: tarikh akhir untuk menghantar bukti identiti (kelayakan gugur jika penghantaran lewat atau hilang)
  • 8 - 22 Jun 2013: sesi pengundian berlangsung
  • 23 - 25 Jun 2013: semakan undi
  • 25 -28 Jun 2013: keputusan diterbitkan

Jika anda layak untuk mengundi:

  1. Baca persembahan calon dan buat keputusan calon yang anda akan sokong.
  2. Pergi ke laman wiki "Special:SecurePoll" pada satu wiki yang anda layak untuk membuat undian. Sebagai contoh, jika anda paling aktif di wiki meta.wikimedia.org, pergi ke meta.wikimedia.org/wiki/Special:SecurePoll.
  3. Ikut arahan pada laman tersebut.