Jump to content

Wikimedia Blog/Drafts/Pelancaran Membina Dasar Privasi melalui Cara Wiki

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Wikimedia Blog/Drafts/Launching a Privacy Policy Built the Wiki Way and the translation is 86% complete.

Judul

Tentang Pelancaran Membina Dasar Privasi melalui Cara Wiki

Badan

Kami gembira untuk mengumumkan bahawa pada 25 April 2014, Badan Amanah Yayasan Wikimedia meluluskan dasar privasi yang baru. Dasar privasi baru menjelaskan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan menguruskan maklumat bagi lebih dari dua puluh juta pengguna berdaftar dan 490 juta pelawat unik bulanan ke projek Wikimedia.

Bagaimanapun dasar ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan daripada pengguna seperti anda. Dasar privasi baru ini merupakan hasil daripada perundingan masyarakat yang merangkumi lebih daripada lapan bulan.

Satu keperluan untuk perubahan

Sejak awal 2013, kami menyedari bahawa dasar privasi kami, yang tidak berubah sejak tahun 2008, tidak memberi penjelasan mengenai beberapa teknologi baru atau menyediakan perincian yang mencukupi pada para pengguna mengenai bagaimana maklumat mereka dikendalikan. Tetapi cara Wikimedia adalah unik - kita tahu bahawa kita tidak boleh membangunkan dasar privasi tanpa bantuan komuniti yang akan dilindungi oleh dasar privasi ini. Jadi, kami telah melancarkan satu panggilan terbuka untuk input masyarakat pada 18 Jun 2013, untuk mengetahui isu-isu yang penting bagi anda dan apa yang anda mahu lihat dalam dasar baru itu.

Berbekalkan input itu dan prihatin terhadap sensitiviti yang dicetuskan oleh pendedahan terbaru mengenai program pemantauan pukal kerajaan, kami mencipta satu cadangan lakaran awal bagi dasar privasi baru dan terbuka sehingga 5.5-bulan perbincangan di talian.

Wikipedia: dibina menerusi usaha sama.

Menyempurnakan dasar privasi melalui perundingan

Draf awal dasar privasi baru kami melalui penilaian menyeluruh oleh masyarakat Wikimedia dan mencetuskan beberapa perdebatan bersemangat. Malah, perbincangan sekitar dasar privasi, garis panduan pengekalan data, dan capaian pada polisi maklumat bukan awam[1] berjumlah lebih 195,000 perkataan dan menghasilkan lebih 250 perubahan pada dokumen. Apa yang muncul adalah dasar yang lebih kukuh yang mencerminkan nilai-nilai masyarakat Wikimedia sejagat.

Bagi maklumat lanjut mengenai proses perundingan dan bagaimana dasar baru berbeza berbanding yang lama, sila lihat pos sebelum kami.

Apa yang berlaku sekarang?

Dengan kelulusan Lembaga Pengarah, kami akan memulakan tempoh notis sebulan untuk memberi semua orang satu lagi peluang bagi mengkaji semula dasar privasi yang baru. Selepas tempoh notis itu, dasar ini yang secara rasmi akan berkuat kuasa.

Kami berterima kasih kepada semua orang yang telah mengambil bahagian dalam proses kerjasama dan terbuka ini, yang menghasilkan dasar privasi yang benar-benar dibangunkan melalui cara wiki. Dengan semangat itu, dasar privasi baru dilesenkan di bawah lesen bebas supaya sesiapa sahaja yang boleh menggunakan semula dan memperbaikinya apabila mencipta dasar privasi mereka sendiri.

Michelle Paulson, Penasihat Undang-undang* Geoff Brigham, Ketua Peguam ("General Counsel")

* Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua orang yang menjadikan dasar ini mungkin - kita tidak mungkin dapat mencipta dasar ini tanpa usaha antara jabatan yang sebenar dan penyertaan yang berharga dan maklum balas daripada masyarakat Wikimedia sejagat. Terima kasih diucapkan kepada James Alexander, Heather Walls, Luis Villa, Roshni Patel, Toby Negrin, Megumi Yukie, Dario Taraborelli, Jorge Vargas, dan Tiffany Li atas sokongan luar biasa mereka semasa proses ini.

● Copyright notes: Wikipedia by Giulia Forsythe available under CC BY-SA 3.0 Unported from Wikimedia Commons.

Notes

  1. Capaian pada Dasar Maklumat Bukan Awam turut diluluskan oleh Badan Amanah pada 25 April 2014. Sila ambil perhatian, bahawa syarat-syarat tertentu di bawah polisi itu hanya akan dicetuskan sebaik sahaja kami selesai membina alat yang diperlukan dan telah memberikan notis pada anggota masyarakat terjejas oleh keperluan tersebut seperti yang digariskan di dalam polisi.