Peraturan bagi Menyunting dan Menilai Kelayakan Penyunting
Kelayakan Penyertaan
- Berpendirian Baik: Penyunting mestilah tidak menghadapi sebagai sekatan aktif disebaban sikap mengganggu pada mana-mana projek Wikimedia dari tarikh mula peraduan atau semasa tempoh peraduan.
- Bukan Masukan Sebelum Mula: Penyunting tidakboleh menyerahkan rencana yang mereka kerjakan sebelum pengumuman peraduan ini. Ini mestilah sumbangan segar kepada Wikipedia.
- Perisytiharan Konflik Kepentingan: Penyunting dengan konflik kepentingan yang berpotensi mestilah mendedahkannya di laman perbincangan penyerahan mereka dan elak menyunting sebarang masukan dengan konflik kepentingan sedia ada.
- Bukan Promosi Diri: Penyunting tidak boleh menyertai dengan tujuan untuk mempromosikan diri mereka atau projek/karya peribadi mereka
Panduan Penciptaan Kandungan
- Tumpuan Rencana: Penyerahan boleh jadi rencana baharu atau penambahbaikan besar bagi rencana sedia ada. Walau bagaimanapun, penyerahan mestilah memberi tumpuan utama pada topik secara langsung berkaitan dengan Ramadan, budaya Islam, atau tokoh, tempat, atau tradisi berkaitan yang belum lagi dirangkum baik dalam Wikipedia. Keutamaan diberikan kepada penciptaan rencana baharu.
- Piawaian Berujukan: Semua maklumay mestilah boleh disahkan dan disokong dengan nukilan daripada sumber sekunder yang boleh dipercayai, sebagaimana disenaraikan dalam garis panduan Wikipedia. Nukilan mestilah diformatkan dengan betul dan di tempat yang sesuai.
- Sudut Pandang Berkecuali: Rencana mestilah berpegang pada sudut pandang berkecuali, mempersembah maklumat dengan adil dan tanpa kecenderungan. Sebarang sudut pandang mestilah dikaitkan dengan sumber boleh dipercayai.
- Pematuhan Hak Cipta: Semuakandungan mestilah mematuhi dasar hakcipta Wikimedia. Teks dan media yang digunakan mestilah sama ada asli atau telah dilesenkan di bawah lesen Creative Commons yang sesuai atau mestilah dalam domain awam.
Semua rencana mestilah kandungan asli, bukan disalin daripada sumber lain.
- Kedalaman dan Panjang Rencana: Penyerahan mestilah rencana yang mempunyai kedalaman yang penting, merangkumi topik dalam cara yang menyeluruh. Rencana mesti pergi lebih daripada sekadar definisi asas dan menyediakan maklumat yang terperinci dan berwawasan. Minimum 400 perkataan kandungan baharu diperlukan untuk Rencana Baru Cipta, dan minimum 300 perkataan kandungan baharu diperlukan untuk rencana yang ditambah baik, penyerahan mestilah menunjukkan sebuah tahap komitmen dan perincian yang layak. Kualiti, rincian, penyelidikan dan kemenyeluruhan adalah jauh lebih penting berbanding panjang rencana. Rencana tunas tidak akan dipertimbangkan.
- Bahasa dan Nada Sesuai: Rencana mestilah berpegang pada bahasa dan nada sesuai untuk Wikipedia, termasuk bahasa rasmi dan penuh hormat dan elakkan sebarang istilah menyerang ataumengapi-apikan. Rencana juga perlu dengan mudah boleh dibaca dan boleh difahami oleh kebanyakan pembaca.
- Bukan Terjemahan Mesin: Penggunaan penterjemahan mesin secara sendirian tidak boleh diterima. Semua rencana, sama ada diterjemah penuh atau tidak, mestilah dirujuk oleh seorang manusia untuk memastikan rencana boleh dibaca.
Langkah-langkah Penyerahan
- Semuapenyerahan mestilah dikategorikan di bawah sebuah kategori yang jelas dalam Wikipedia versi bahasa masing-masing. Kategorinya ialah: [[
Category:2025 Wiki Loves Ramadan Contributions |Kategori:Sumbangan Wiki Cinta Ramadan 2025]].
- Semua masukan mestilah diserahkan sebelum 15 April 2025, pada 23:59 UTC.
- Penyerahan mestilah dipautkan kepada pertandingan spesifik dan mesti termasuk sebuah tag pada laman perbincangan, untuk mudah dikenal pasti bagi penjurian.
Ciri-ciri Penilaian
Penyerahan akan dinilai pada beberapa aspek, memastikan tumpuan pada kualiti, kemenyeluruhan, dan keberkecualian. 1 mata akan diberikan untuk rencana yang diterima, dan 0 mata akan diberikan bagi rencana yang ditolak. Ciri-ciri berikut akan memandu proses penjurian:
- Struktur dan Kualiti Rencana:
- Rencana mestilah tersusun baik, dengan susunan yang munasabah dan jelas.
- Penggunaan penjudulan, seksyen dan perenggan yang betul adalah perkara penting.
- Penggunaan nukilan dan rujukan yang betul, menepati piawaian Wikipedia.
- Kedalaman Kandungan:
- Rencana mestilah meliputi topik dengan terperinci, menawarkan kefahaman subjek secara menyeluruh.
- Kandungan mestilah tepat secara fakta, dan disokong dengan sumber boleh dipercayai.
- Maklumat mestilah terkini dan seimbang, elakkan perincian yang berlebihan dalam bidang yang kurang relevan.
- Kebolehsahan dan Sumber:
- Penyerahan mestilah disokong oleh rujukan yang boleh disahkan dan dipercayai, terutama daripada sumber akademik yang bereputasi baik, sejarah dan budaya.
- Penggunaan tepat nukilan sebaris dan kepatuhan kepada dasar nukilan Wikipedia adalah penting.
- Hindari sumber tidak dipercayai atau bercenderung.
- Sudut Pandang Berkecuali (NPOV):
- Rencana mestilah mengekalkan nada berkecuali, elakkan sebarang advokasi atau kencenderungan kepada sudut pandang atau tafsiran tertentu.
- Perwakilan sesuai untuk pengamalan budaya dan agama berbeza sepanjang Ramadan.
- Keaslian dan Penambahbaikan:
- Rencana baharu mestilah dinilai berdasarkan keaslian, kedalaman dan ruang lingkup mereka.
- Bagi rencana sedia ada, penambahbaikan yang penting dalam kualiti, liputan, dan sumber akan menjadi faktor penilaian utama.
- Sumbangan Nekabahasa:
- Ketepatan dan and kepatuhan dalam penterjemahan akan ditanggap dengan berhati-hati.
- Pemformatan dan Penggunaan Media:
- Rencana mestilah berpegang pada panduan pemformatan Wikipedia, termasuk penggunaan gambar, kotak info, dan pemformatan rujukan yang sesuai.
- Penglibatan gambar sesuai dan berkualiti tinggi berkaitan Ramadan akan ditanggap sebagai satu kelebihan.
Cadangan Ciri-ciri Penjurian Tambahan bagi Penyunting Baharu Terbaik
- Saiz Rencana Yang Ditambah Baik:
- Peraturan: 1 mata akan diberikan keoada setiap 100 perkataan dalam kandungan baharu yang ditambah pada rencana.
- Syarat Minimum: Minimum 300 perkataan kandungan baharu (3 mata) diperlukan untuk sesebuah rencana layak untuk mata seterusnya. Rencana dengan kurang daripada 300 perkataan kandungan baharu tidak akan dijurikan.
- Saiz Rencana Baru Cipta:
- Peraturan: 1 mata akan diberikan bagi setiap 100 perkataan kandungan baharu yang ditambah pada rencana.
- Syarat Minimum: Minimum 400 perkataan kandungan baharu (4 mata) diperlukan untuk sesebuah rencana layak untuk mata seterusnya. Rencana dengan kurang 400 perkataan kandungan baharu tidak akan dijurikan.
- Rujukan: 1 mata akan diberikan bagi setiap rujukan yang boleh dipercayai, tersendiri, yang dimasukkan dalam rencana.
- Gambar: 1 mata akan diberikan kepada setiap gambar yang ditambah dalam rencana.
Butir Wikidata: 1 mata akan diberikan kepada setiap butir Wikidata tersendiri yang ditambah.
- Kotak Info: 2 mata akan diberikan kepada penambahan kotak info yang sesuai dan lengkap (di mana yang terpakai) ke dalam rencana baharu. Mata akan ditolak daripada kategori ini jika kotak info tidak tepat atau tidak lengkap.
Pemilihan Anugerah Penyunting Baharu
- Proses Pencalonan Anugerah Penyunting Baharu:
Penganjur komuniti temptan akan mengenalpasti dan mencalonkan peserta penyunting baharu terbaik mereka bagi Anugerah Penyunting Baharu Terbaik Sejagat.
- Anugerah Penyunting Baharu Sejagat:
- Sebuah anugerah sejagat akan diberikan kepada penyunting baharu terbaik, yang dipilih daripada senarai calon.
- Pencalonan ini akan berdasarkan kepada ciri-ciri penjurian bagi penyunting baharu dan kualiti keseluruhan sumbangan mereka.
- Ciri-ciri Kelayakan Penyunting Baharu: Untuk menjadi "penyunting baharu" bagi tujuan anugerah ini, pesertamestilah menepati kedua-dua syarat berikut:
- Bilangan Suntingan: Pengguna mestilah mempunyai 500 atau lebih sedikit suntingan dalam mana-mana projek Wikimedia sebelum tarikh mula peraduan 25 Februari 2025.
- Usia Akaun: Akaun Wikimedia pengguna mestilah didaftarkan 5 bulan atau kurang sebelum tarikh mula peraduan 25 Februari 2025.
|