Tatakelakuan Sejagat/Peninjauan Rancangan Panduan Penguatkuasaan/Abstrak
Appearance
Abstrak Rancangan Panduan Penguatkuasaan
Pada bahagian ini ialah abstrak Rancangan Panduan Penguatkuasaan. Abstrak ini dirancang untuk membantu setiap ahli komuniti untuk memahami isi rancangan ini secara ringkas.
SIAPA yang akan bertanggungjawab menguatkuasakan UCoC?
- WMF, perseorangan yang ditunjuk khusus seperti Pegawai Penguatkuasa, dan sebuah jawatankuasa baru yang bernama Jawatankuasa Penyelaras Tatakelakuan Sejagat (U4C).
- Jawatankuasa U4C akan mengawasi proses penguatkuasaan UCoC, menangani kes tertentu, mempersiapkan panduan dan latihan, serta memantau penguatkuasaan UCoC.
- Fungsionaris peringkat tempatan dan global[1] akan mendapatkan panduan bagaimana cara menguatkuasakan UCoC walaupun mereka bukan bahagian dari Jawatankuasa U4C.
BAGAIMANA penguatkuasaan akan dilakukan?
- UCoC perlu dapat kelihatan pada sebanyak mungkin tempat.
- Orang perseorangan tertentu akan diwajibkan untuk menyatakan bersedia untuk mematuhi UCoC.
- Komun tempataniti, pertubuhan bersekutu, dan WMF mesti mengembangkan dan melakukan latihan untuk ahli komuniti dalam rangka meningkatkan kemampuan menangani gangguan keselamatan dan perlanggaran UCoC lainnya.
- Panduan ini juga menerangkan cadangan bagi pihak mana yang bertanggungjawab untuk menangani jenis perlanggaran UCoC tertentu.
- Panduan ini menyarankan adanya falsafah tertentu untuk pemprosesan dan pemfailan kes agar dapat menjamin perlanggaran UCoC ditangani dengan sama pada seluruh projek.
Selain itu, APA lagi yang perlu dilakukan untuk menguatkuasakan UCoC?
- Rancangan ini menyarankan penciptaan sebuah sistem pelaporan yang umum dan terpusat.
- Rancangan ini juga menyarankan pembangunan model Jawatankuasa Timbang Tara untuk memperluas jangkauan secara global.
- Rancangan ini mencatat bahawa proses rayuan mesti dimungkinkan dan tersedia untuk orang perseorangan yang dikenakan sekatan atas perlanggaran UCoC.
BAGAIMANA saya dapat terlibat dalam proses EDGR ini?
- Jawatankuasa Penggubal telah mengajukan beberapa soalan untuk komuniti mengenai rancangan panduan ini. Harap untuk menjawabnya pada forum perbincangan yang Anda pilih.
- ↑ Pengguna dengan hak tertentu, seperti namun tidak terhad pada penyelia, birokrat, dsb.