Jump to content

Tatakelakuan Sejagat/Perundingan 2021/Penguatkuasaan

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Universal Code of Conduct/2021 consultations/Enforcement and the translation is 100% complete.
Tatakelakuan Sejagat

Laman ini merupakan ringkasan dari perundingan bahasa tempatan untuk Fasa Tatakelakuan Sejagat (UCoC) yang berlangsung dari akhir Januari sehingga awal Mac 2021. Perundingan ini membincangkan cara untuk menguatkuasakan dasar UCoC pada ruang perbincangan masing-masing komuniti. Laporan lanjut tentang perundingan pada masing-masing komuniti dapat ditemukan di bawah ini:

  1. Arab
  2. Afrikaans
  3. Benggali + Assam + Bishnupriya
  4. Wikimedia Commons
  5. Korea
  6. Igbo + Hausa + Twi
  7. Indonesia
  8. Itali
  9. Maithili + Newari + Bhojpuri + Doteli
  10. Bahasa Melayu
  11. Nepal
  12. Poland
  13. Santali
  14. Wikidata
  15. Yoruba

Pengenalan

Pada Oktober 2020, selepas melalui proses perundingan terbuka dengan komuniti, Jawatankuasa Perumus Fasa 1 menyelesaikan rancangan naskah Tatakelakuan Sejagat (UCoC). Rancangan ini kemudian diajukan untuk disahkan kepada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia. Kumpulan projek UCoC kemudian memulakan persiapan untuk Fasa 2, yang meliputi kolaborasi tambahan dengan komuniti untuk mengetahui saluran dan mekanisme penguatkuasaan yang dapat diterapkan bagi dasar global ini. Menyusun sebuah dasar yang dikenakan secara global pada gerakan Wikimedia merupakan sebuah tugas yang sukar, sehingga tahap selanjutnya untuk menyusun mekanisme penguatkuasaan diperkirakan akan cukup mencabar pula.

Asumsi tersebut terbukti benar bagi sistem yang perlu berfungsi dengan baik pada model-model tatacara rumah tangga setempat yang amat pelbagai. Menyedari cabaran ini, tim Trust & Safety Policy melakukan kajian untuk memahami dengan lebih baik saluran dan mekanisme penguatkuasaan pada komuniti yang berbeza-beza. Oleh kerana ekosistem Wikimedia yang amat pelbagai dan tatacara rumah tangga komuniti yang berbeza, cukup sukar untuk menghimpun dan menaksir keefektifan sebuah model pengurusan rumah tangga komuniti.

Tim UCoC menghimpun maklumat sebanyak-banyaknya untuk memetakan, memahami, dan membezakan model mekanisme penguatkuasaan yang terdapat pada komun. Usaha ini meliputi pengenalan komuniti mana yang mempunyai lembaga dan fungsionaris komuniti seperti Jawatankuasa Timbang Tara, Pemeriksa, atau Birokrat yang bertanggungjawab atas kes tingkah laku. Tim kami menganalisa faktor-faktor lain seperti level kegiatan pada halaman perbincangan dasar komuniti, terdapat atau tidaknya proses cadangan rayuan atas tindakan penyelia, dan jumlah purata pemblokiran pengguna pada masa tertentu. Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, tim kami membagi komuniti menjadi tiga kumpulan: komuniti dengan mekanisme penguatkuasaan yang efektif, komuniti dengan mekanisme penguatkuasaan yang hampir berfungsi, dan komuniti tanpa mekanisme penguatkuasaan/mempunyai mekanisme penguatkuasaan yang tidak berfungsi.

Tim kami menggunakan tiga fasilitator dari setiap kategori ini dengan mengambil kira tahap pengalaman fasilitator dengan projek mereka, kemahiran bahasa dan pengetahuan komuniti lain dalam gerakan Wikimedia.

Pada Januari 2021, kumpulan projek UCoC melancarkan Perundingan Bahasa Tempatan dengan bantuan sembilan orang fasilitator berbilang bahasa yang dapat berhubung dan bekerja dengan 21 komuniti bahasa, termasuk Wikidata dan Wikimedia Commons.

Tingkat interaksi

Perundingan bermula secara serentak pada setiap komuniti sasaran melalui pengumuman di Kedai Kopi atau Portal Komuniti. Pengumuman ini ditindaklanjuti dengan perbincangan yang berlangsung pada saluran yang biasa digunakan oleh komuniti.

Secara umum, proses rundingan selama enam minggu dibagi menjadi tiga tahapan utama. Tahap pertama meliputi pengumuman mengenai perbincangan UCoC pada laman komuniti dan saluran media sosial yang popular. Hal ini ditujukan agar komuniti mengetahui tentang dimulainya proses perundingan dan untuk menjemput ahli komuniti membincangkan secara terbuka tentang penguatkuasaan UCoC. Tahap kedua meliputi pelancaran tinjauan. Diadakannya tinjauan berakar pada pemerhatian kami di Fasa 1 bahawa banyak komuniti yang memilih untuk bersuara melalui tinjauan yang dinilai lebih aman untuk memberikan pendapat. Melalui tinjauan, sebahagian besar ahli komuniti menyuarakan kebimbangan atau gagasan mereka secara anonim, sehingga saluran ini juga diputuskan untuk diadakan pada Fasa 2. Kebanyakan pautan ke halaman tinjauan diletakkan pada Sitenotice di halaman projek sehingga dapat menjangkau komuniti secara lebih luas. Tahap terakhir meliputi pengumpulan masukan yang lebih personal. Beberapa mesyuarat virtual dan bincang peribadi diselenggarakan dengan ahli komuniti yang berminat, sehingga memberikan peluang bagi perbincangan verbal terbuka dan pengumpulan pikiran secara bersama-sama tentang mekanisme penguatkuasaan UCoC bagi komuniti mereka masing-masing.

Saluran penglibatan

Seperti pada Fasa 1, wadah interaksi dengan komuniti ditentukan dengan keperluan, keutamaan, dan praktik komuniti selama ini. Tim fasilitator berupaya untuk membekalkan saluran dan kaedah komunikasi yang seterbuka dan seberagam mungkin, dengan harapan dapat menjangkau sebanyak-banyaknya ahli komuniti untuk menyertai proses perbincangan sesuai dengan peringkat keselesaan mereka.

Saluran komunikasi yang digunakan selama perundingan
Saluran komunikasi yang digunakan selama perundingan

Tim fasilitator menerima maklum balas dari sekitar 3.553 orang ahli komuniti. Jumlah ini menunjukkan jumlah pengguna, bukannya jumlah maklum balas; kerana satu pengguna dapat memberikan beberapa kali balasan yang berbeza, sehingga pengguna ini dihitung satu. Maklum balas yang berganda dari pengguna yang sama pada platform yang berbeza juga tidak dihitung: contohnya, jika seorang pengguna ikut serta dalam perbincangan pada beberapa platform (Kedai Kopi, media sosial, mesyuarat virtual, dsb), mereka tetap dihitung menyumbangkan satu. Namun, ini tidak dapat diterapkan untuk maklum balas tinjauan, kerana sebahagian besar tinjauan dikirimkan secara tinjauan juga ikut serta dalam perbincangan pada sekurang-kurangnya satu saluran. Keseluruhannya 2.995 respon tinjauan berjaya dihimpun, dan 558 orang pengguna memberi maklum balas melalu saluran lainnya.

Hasil perundingan

Perundingan Bahasa Tempatan berjaya menghimpun gagasan yang pelbagai mengenai mekanisme penguatkuasaan UCoC, struktur lembaga penguatkuasaan, dan sokongan untuk sasaran gangguan keselamatan.

Ringkasan dari masing-masing komuniti bahasa dapat dilihat di sini:

  1. Arab
  2. Afrikaans
  3. Benggali + Assam + Bishnupriya
  4. Wikimedia Commons
  5. Korea
  6. Igbo + Hausa + Twi
  7. Indonesia
  8. Itali
  9. Maithili + Newari + Bhojpuri + Doteli
  10. Bahasa Melayu
  11. Nepal
  12. Poland
  13. Santali
  14. Wikidata
  15. Yoruba

Maklum balas

Seperti yang diperkirakan, tim kami berjaya menghimpun serangkaian gagasan yang pelbagai mengenai mekanisme penguatkuasaan UCoC. Perundingan Fasa 2 ialah sebuah perbincangan yang terbuka, yang bermaksud terdapat beberapa macam komunikasi antara ahli komuniti dan fasilitator. Model dialog ini agak menyukarkan kuantifikasi gagasan yang dibagikan mengenai mekanisme dan lembaga penguatkuasaan. Secara umum, komuniti menyedari pentingnya menciptakan sebuah sistem penguatkuasaan agar UCoC dapat diterapkan secara efektif. Walau begitu, gagasan tentang bagaimana sistem tersebut akan dibentuk amat pelbagai. Beberapa gagasan dibagikan secara jelas, sementara yang lain disambut dengan waswas. Tidak terdapat gagasan yang dipilih secara luas, begitu pula tidak terdapat yang ditentang secara bulat. Dapat diamati bahawa secara umum komuniti berfikir bahawa mengimplementasikan satu struktur piawai secara global akan sangat tidak praktikal, kerana sistem tersebut perlu melalui serangkaian perubahan dan amendemen hingga dapat diterapkan secara baik oleh komuniti yang terlibat.

Gagasan mengenai sistem penguatkuasaan

1. Penciptaan lembaga tempatan di dalam komuniti

Penciptaan satu lembaga tempatan untuk menangani kes perlanggaran UCoC merupakan salah satu pilihan paling popular dari beberapa ahli komuniti pada hampir seluruh komun bahasa tempatan. Beberapa komuniti menginginkan lembaga mirip Jawatankuasa Timbang Tara (ArbCom), sementara beberapa yang lain menginginkan sekelompok Penyelia diangkat untuk menangani perlanggaran secara khas. Beberapa komuniti juga menyokong pendirian sebuah lembaga khas untuk menangani UCoC, sehingga tidak menambah beban kerja ahli pemegang amanah komuniti yang telah ada. Pada perundingan ini, secara khas ditekankan bahawa pengetahuan mengenai konteks budaya dan bahasa tempatan pada komuniti ialah syarat mutlak bagi sesiapapun yang akan menangani kes gangguan keselamatan atau penyalahgunaan wewenang.

Beberapa ahli komuniti juga menekankan bahawa lembaga tempatan perlu didukung oleh Yayasan Wikimedia sehingga dapat bekerja secara efektif dan komuniti dapat mengembangkan peranti serta sumber daya mereka untuk menangani kes perlanggaran pada peringkat tempatan.

Dalam hal penguatkuasaan, saya ingin projek yang mempunyai Jawatankuasa Timbang Tara untuk tetap berfungsi secara bebas; tidak terdapat orang luar yang dapat mengenakan blokir/mengunci akaun seorang pengguna dengan alasan penguatkuasaan UCoC atas sumbangan mereka pada projek tersebut. [...] Dalam pandangan saya, komuniti tempatan perlu menetapkan dirinya sendiri; hanya pada kes yang ekstrem sajalah WMF dapat melakukan ikut campur; dan malah ini pun akan sukar untuk berubah kerana WMF sudah mempunyai kemampuan ikut campur menggunakan perkakas Office Actions.

— Seorang ahli komuniti dari Poland

Penyelia sudah menangani beberapa tingkah laku yang tidak dapat diterima di UCoC kerana terdapat banyak pertindihan antara UCoC dan dasar tempatan, penyelia nampaknya pilihan paling wajar untuk menangani laporan. Saya khuatir bahawa jika Steward ditugaskan menangani laporan, mereka akan merasa bimbang jika jumlah permintaan tinggi di semua projek Wikimedia. Saya juga tidak menganggap satu badan global yang baru diperlukan kerana sudah ada beberapa kumpulan pengguna yang menangani masalah serupa.

— Seorang ahli komuniti Wikidata

2. Pendirian lembaga penguatkuasaan global

Komuniti Wikimedia secara umum terbelah mengenai perlunya ada lembaga ini di atas struktur penguatkuasaan tempatan atau sebagai satu struktur yang berasingan. Beberapa pengguna berpendapat bahawa pengawasan secara global amat menentukan kejayaan sebuah dasar global seperti UCoC. Namun, banyak komuniti juga menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak ingin lembaga tersebut berbentuk sebuah tim pada WMF atau sebuah lembaga yang anggotanya diangkat oleh WMF. Beberapa komen yang didapatkan mengindikasikan pilihan untuk sebuah lembaga penguatkuasaan global yang dipilih oleh komuniti, seperti sebuah Jawatankuasa Timbang Tara peringkat global. Komposisi ahli, proses pemilihan, dan panjang masa jawatan lembaga ini juga perlu dipertimbangkan secara matang.

Saya menyokong penubuhan Suruhanjaya Ombudsman untuk menguatkuasakan tatakelakuan, mungkin penyelia dapat menjadi yang dapat membantu penguatkuasaannya. Sekiranya ada perselisihan antara editor yang menyangkut pelanggaran kode etik, maka harus ditangani sesuai prosedur. Pertanyaan saya seterusnya adalah mengenai bagaimana menubuhkan Suruhanjaya Ombudsman, setelah perbincangan dimulakan.

— Seorang ahli komuniti dari Indonesia

Menurut saya, lebih baik untuk melantik sekelompok individu yang dipilih oleh komuniti (tidak perlu penyelia) yang mempunyai hubungan langsung dengan Yayasan Wikimedia.

— Seorang ahli komuniti berbahasa Arab

3. Gabungan dari lembaga penguatkuasaan global dan tempatan

Salah satu pilihan lain yang popular pada komuniti ialah lembaga penguatkuasaan UCoC yang mempunyai hierarki eskalasi ke lembaga global. Beberapa komuniti menyampaikan bahawa terdapat kes di mana lembaga tempatan tidak dapat menjadi kuasa yang patut untuk menangani perlanggaran kelakuan. Beberapa hal yang menjadi perhatian khas:

  • Kes yang melibatkan seorang penyelia atau ahli lembaga penguatkuasaan.
  • Kes di mana sasaran gangguan merasa tidak aman untuk melapor kepada lembaga tempatan.
  • Kes yang dianggap sangat rumit.

Untuk pilihan ini, terdapat pula gagasan untuk menciptakan sebuah sistem cadangan peninjauan kembali/rayuan sehingga pelapor yang tidak puas dengan putusan kes mereka di peringkat tempatan dapat mengajukannya kembali ke peringkat global.

Badan global dapat berfungsi seperti sebuah mahkamah rayuan dan dapat bekerja selepas seluruh kaedah penyiapan perkara di peringkat tempatan sudah tidak dapat ditempuh lagi.

— Seorang ahli komuniti berbahasa Yoruba

Pada setiap peringkat, mula dari level komuniti hinga kakitangan eksekutif WMF, perlu terdapat sebuah tim yang menangani isu perlanggaran UCoC. Pada level komuniti, ahli tersebut dapat dipilih secara terbuka oleh para pengguna yang berdaftar. Lembaga ini tidak boleh lebih besar dari 4-5 ahli dan salah satunya perlu merupakan ahli perempuan. Isu perlanggaran berkait pengguna perempuan perlu dikendalikan oleh ahli perempuan. Kriteria yang bersifat tetap perlu ditetapkan untuk keahlian lembaga ini.

— Seorang ahli komuniti berbahasa Santali

4. Pasukan Trust & Safety pada Yayasan Wikimedia

Sebahagian kecil maklum balas yang kami terima menunjukkan bahawa beberapa komuniti tidak menentang keterlibatan pasukan T&S dalam proses penguatkuasaan secara umum. Pilihan ini dianggap hanya dapat diterima apabila komuniti yang berkenaan tidak mempunyai kemampuan untuk mengembangkan sistem penguatkuasaan mereka sendiri.

Gabungan jawatankuasa global dan T&S dapat diwujudkan

— Seorang ahli komuniti Commons

Kita semua di sini ialah sukarelawan, dan kita mempunyai masa yang terhad. Adakah saya mahu menjadi bahagian dari sebuah jawatankuasa untuk bercakap tentang buruh dan hukum? Saya tidak begitu berminat. Ini pekerjaan dan profesion saya. Saya menikmati menulis rencana [...]. Kami sudah berusaha untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa di Wikipedia Afrikaans. [...] Kebanyakan orang tidak tertarik dengan politik, namun dengan pengetahuan; tentang burung, ikan, empangan, jambatan, dan jalanan. Kami tidak tertarik dengan politik kerana kebanyakan dari kami sebenarnya sudah menghabiskan banyak masa dengannya.

— Seorang ahli komuniti Afrikaans

5. Sistem pelaporan

Secara umum terdapat keinginan untuk mewujudkan sebuah sistem pelaporan yang membolehkan pengguna melaporkan secara anonim. Para fasilitator mendapati bahawa pada banyak komuniti, sebahagian besar kes gangguan keselamatan tidak pernah dilaporkan kerana tidak adanya mekanisme yang membolehkan pelaporan secara aman. Kes gangguan secara umum jauh lebih banyak berbanding yang diperkirakan; malahan ini merupakan berita baru bagi beberapa fasilitator yang sudah 10 tahun menjadi bahagian dari komuniti mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa terdapat ketakutan untuk bersuara di banyak komuniti. Di sisi lain, pelbagai faktor membuat sebuah sistem pelaporan yang baik cukup rumit untuk disusun.

Beberapa situasi yang menyukarkan pelaporan sebuah kes:

  • Pelaporan seorang anak di bawah umur.
  • Pelaporan kes yang berkait piawai hukum yang berbeza; kes paling sering berlaku ialah di mana pesalah dan mangsa tunduk pada sistem hukum yang berbeza-beza.
  • Pelaporan kes berkait keseksualan. Secara umum kes model ini amat kurang sekali dilaporkan, kebanyakan kerana ketakutan atas eskalasi yang lebih tinggi pada situasi yang sudah rumit juga.
  • Kesukaran untuk melaporkan kes jauh selepas kejadiannya berlaku
  • Pelaporan atas orang yang terkenal atau pengguna yang mempunyai kedudukan atau pengaruh pada gerakan Wikimedia mahupun sebaliknya.
  • Pengguna laki-laki seringkali enggan untuk melaporkan kes gangguan seksual.
  • Pelaporan yang melampaui had-had bahasa.

Seperti pada beberapa tapak web dan media sosial, halaman perbicaraan dapat mempunyai sebuah butang "Lapor" yang mencolok. Menekan butang tersebut mestinya mengarahkan pengguna ke sebuah halaman di mana insiden dapat dilaporkan.

— Seorang ahli komuniti dari Itali

Perlu terdapat sebuah saluran pelaporan alternatif yang meliputi perlaksanaan pelaporan yang privat dan terlindungi. Namun, kegunaan sistem ini perlu dibatasi kepada perlanggaran kelakuan sahaja.

— Seorang ahli komuniti dari Korea

Perhatian khas

Beberapa pengguna menyatakan bahawa mereka telah menjadi sasaran atau menyaksikan gangguan kerana sumbangan mereka pada projek Wikimedia, namun kejadian tersebut tidak dilaporkan atau tidak menimbulkan hukuman bagi pesalah apabila sudah dilaporkan kerana berlaku di luar platform Wikimedia. Sebahagian besar pengguna menegaskan bahawa perlanggaran model ini juga mesti dipertimbangkan untuk dikuatkuasakan di bawah UCoC.

Sekurang-kurangnya satu komuniti menentang dasar anti-diskriminasi pada UCoC, dengan alasan menolak mengakui adanya editor yang non-binari atau merupakan bahagian dari golongan minoriti. Namun begitu, terdapat bahagian yang ketara dari responden tinjauan yang mengenal diri mereka sebagai non-perduaan; menurut fasilitator, menerbitkan fakta ini akan membuat komuniti tersebut semakin terbelah.

Kadar umpan balik dari pengguna perempuan dan pengguna yang merupakan bahagian dari golongan minoriti cukup rendah, dan sebahagian besar yang mengambil melakukannya melalui saluran privat. Pada satu komuniti, peserta perempuan mengidentifikasikan diri mereka secara bebas pada tinjauan namun meminta fasilitator untuk tidak merungkai identiti jantina mereka di ruang awam. Ini merupakan satu kejutan bagi fasilitator terbabit, yang beranggapan bahawa komuniti ini tidak mempunyai banyak penyumbang perempuan namun secara umum cukup aman bagi perempuan untuk menyunting. Faktanya ialah cukup banyak penyumbang perempuan, namun tidak diketahui kerana banyak yang tidak ingin merungkai identiti diri mereka sendiri.

Ringkasan utama

Sekurang-kurangnya dua komuniti menyatakan bahawa mereka tidak menginginkan campur WMF dalam mekanisme tempatan. Untuk mengelak hal ini, komuniti berkait bersedia untuk meningkatkan kapasiti komuniti mereka. Salah satu dari komuniti tersebut telah mula bekerja untuk menyelaraskan dasar kelakuan tempatan agar dapat sesuai dengan UCoC dan sedang memikirkan cara-cara mewujudkan sebuah model penguatkuasaan di mana isu tempatan dapat diselesaikan secara memuaskan.

Berbeza dengan ini, sebilangan kecil komuniti menyatakan bahawa mereka lebih suka terus menyalurkan masa dan sumber daya mereka dalam membangun rencana di platform mereka. Oleh itu, mereka memerlukan sokongan dari WMF dalam mengembangkan dasar atau sistem rumah tangga yang sesuai dengan UCoC. Sebilangan besar komuniti bersaiz sederhana tetap masih belum menentukan sikap, kerana mereka lebih suka penyelesaian yang menawarkan sokongan tanpa mengganggu model yang sedia ada.

Seruan untuk sokongan sebaya

Sebilangan besar anggota komuniti berkongsi idea untuk membentuk kumpulan sokongan rakan sebaya untuk sasaran gangguan. Sebilangan pengguna, setelah melaporkan kes gangguan, sering dihadapkan pada tiga kumpulan - satu yang berada di pihak penyalahguna, satu yang fokus untuk menyelesaikan kes tersebut secara tidak berat sebelah, dan satu yang memberikan sokongan moral kepada sasaran. Bagi sasaran, yang sudah melalui masa kesusahan, kehadiran kumpulan ketiga adalah yang terpenting. Kumpulan sokongan komuniti mendorong orang untuk bersuara walaupun kejadian kecil dan dengan itu berperanan untuk mencegah kejadian yang lebih besar.

Sebilangan besar anggota komuniti menyatakan bahawa kumpulan seperti itu harus ada di dalam pergerakan. Beberapa komuniti menyarankan untuk membuat platform atau saluran khas di mana orang boleh datang dan meminta sokongan, sementara beberapa komuniti mengatakan bahawa sekumpulan tertutup kecil akan menyediakan persekitaran yang lebih selamat. Perbualan ini mendapat idea tetapi pengembangan sistem yang menyeluruh, jika dikembangkan, memerlukan banyak kerja terutama untuk mencegah penyalahgunaan kumpulan tersebut.

Langkah seterusnya

Sebuah Jawatankuasa Penggubal akan dibentuk yang akan mengkaji maklum balas yang diterima dari komuniti. Jawatankuasa ini akan mencadangkan mekanisme penguatkuasaan yang berpotensi kepada Lembaga Pemegang Amanah untuk disemak.