Jump to content

Pengumuman penyelesaian Log Masuk Pengguna Tunggal/Pengumuman peribadi

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Single User Login finalisation announcement/Personal announcement and the translation is 62% complete.
Outdated translations are marked like this.

Akaun anda akan dinamakan semula

Helo,

Pasukan pembangun di Wikimedia sedang membuat beberapa perubahan kepada cara akaun berfungsi, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyediakan alat-alat baru dan lebih baik untuk pengguna kami seperti pemberitahuan silang-wiki. Perubahan ini bererti anda mempunyai nama akaun yang sama di mana-mana. Ia akan membolehkan kami memberikan anda ciri-ciri baru yang akan membantu anda menyunting dan berbincang dengan lebih baik, dan membolehkan kebenaran penggunaan alat yang lebih fleksibel. Salah satu kesan sampingannya adalah akaun pengguna kini perlu menjadi unik di semua 900 wiki Wikimedia. Lihat pengumuman untuk maklumat lanjut.

Malangnya, akaun anda bertembung dengan akaun lain yang juga bernama {{subst:PAGENAME}}. Untuk memastikan bahawa kedua-dua anda boleh menggunakan wiki Wikimedia pada masa akan datang, kami akan menamakan semula akaun anda kepada {{subst:PAGENAME}}~{{WIKI}}. Akaun anda akan dinamakan semula pada April 2015, bersama-sama dengan akaun orang lain.

Akaun anda akan tetap berfungsi seperti sebelum ini, dan anda akan dikreditkan untuk semua suntingan yang anda lakukan setakat ini, tetapi anda perlu menggunakan nama akaun baru apabila anda log masuk. Jika anda tidak suka nama pengguna baru anda, anda boleh meminta akaun anda dinamakan semula menggunakan borang ini.

Sebarang kesulitan amat dikesali.

Yours,
Keegan Peterzell
Community Liaison, Wikimedia Foundation