Jump to content

WikiKon Asia Tengah 2025/Tempat

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Central Asian WikiCon 2025/Venue and the translation is 100% complete.

Tashkent

Tashkent ialah bandar terbesar dan ibu negara Uzbekistan. Selain daripada sejarah lebih 2 milenium, ia sebuah bandar raya mega moden, lebih-lebih lagi dibina semula selepas gempa bumi 1966. Menjadi ikutan semula sebagai sebuah "pertunjukan sosialisme Asia" ia memberikan sebuah sistem pengangkutan berfungi tinggi, berlebuh luas dan banyak bangunan yang kini dianggap tugu kepada seni bina pemoden Soviet versi tempatan yang tersendiri yang berdiri sebaris dengan tugu zaman Empayar Rusia dan Zaman Pertengahan.

Menjadi bandar raya mega sejak zaman Soviet, Tashkent tidakpernah hilang asas nekabudayanya sementara bangsa utama di sini ialah Uzbek, masih terdapat juga bangsa lain yang banyak, seperti Rusia, Kazakh, Ukraine, Korea, dll. Sementara bahasa Uzbek ialah bahasa rasmi, bahasa Rusia masih digunakan meluas di Tashkent, dan bahasa Inggeris dan Turki juga mendapat tempat lebih 20 tahun.

Untuk mengemudi dalam bandar ini, andaboleh menggunakan Yandex.Maps atau memasang aplikasi 2GIS dalam telefon pintar untuk menggunakan peta, termasuk laluan pengangkutan dan pertubuhan tanpa sambungan Internet. Aplikasi Peta Google berfungsi juga, tetapi kurang boleh digunakan di kawasan ini.

Anda juga boleh menyemak rencana Wikilayar "Tashkent".

Tempat

Map
Diplomat International School

WikiKon Asia Tengah 2025 akan diadakan di Diplomat International School, terletak di Tashkent, Uzbekistan. Sekolah Antarabangsa Diplomat ialah sebuah institusi pendidikan bukan kerajaan yang dibuka pada 2018. Sekolah ini menampilkan dua bangunan pendidikan yang moden dan menduduki dalam kalangan 10 tangga teratas bagi institusi pendidikan bukan kerajaan di Tashkent.

Bagaimana untuk ke sana

Map
Diplomat International School

Alamat-alamat di Tashkent boleh kadang kala menjadi kabur, sama ada pada peta dan dunia nyata, bermaksud ia tidak selalunya sepadan. Alamat yang disahkan melalui Yandex.Maps dan 2GIS ialah 1/4 Makhtumkuli Street, Tashkent, Uzbekistan. Ia terletak di Daerah Yashnobod, Tashkent, dengan stesen metro terdekat ialah "Mashinasozlar". Walaupun "Doʻstlik" secara fizikalnya lebih dekat, di sana tiada laluan terus ke sekolah. Dari "Mashinasozlar", anda boleh mengambil bas 190; berhenti di "Harbiy qism" ("Pangkalan Tentera"), yang mana ia hentian keempat selepas stesen metro. Bas 18 dan 44 dari Tashkent Kota juga boleh menjadi pilihan.

Menaiki metro atau bas di Tashkent menelan kos kira-kira 2,000 (kira-kira 0.16 USD) dan boleh dibayar secara tunai atau dengan kad Visa atau Mastercard.

Penginapan

Map
LOTTE City Hotel Tashkent Palace

Penerima biasiswa persidangan akan menginap di LOTTE City Hotel Tashkent Palace. Peserta biaya sendiri juga boleh menginap dihotel tersebut, tetapi mereka perlu menempah sendiri.

  • Daftar masuk: dari 14:00
  • Daftar keluar: sehingga 12:00 paling lewat

Sila ambil maklum bahawa penerima biasiswa mesti berkongsi sebuah bilik kembar dengan penerima biasiswa lain yang sama jantina. Semasa pendaftaran, anda boleh memilih penerima biasiswa lain dengan siapa yang anda mahu untuk berkongsi bilik kembar (jika boleh mohon).

Alamat

56 Lebuh Buyuk Turon, 100029, Tashkent, Uzbekistan

Untukpergi dari hotel ke tempat acara, seseorang boleh mengambil bas 1 dari hotel ke hentian Mirzo Ulugbek dan berjalan 1.1 km sepanjang lebuh Makhtumkuli, atau menggunakan stesen metro "Kosmonavtlar".