Jump to content

Wikikon Asia Tengah 2025/Penyerahan

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Central Asian WikiCon 2025/Submissions and the translation is 100% complete.

Laman ini menyediakan maklumat umum dan panduan mengenai penyerahan kertas cadangan sidang untuk WikiKon Asia Tengah 2025.

Tarikh penting

  • Panggilan untuk penyerahan dibuka pada 15 Januari 2025 00:00 (UTC).
  • Panggilan untuk penyerahan ditutup pada 22 Mac 2025 23:59 (UTC).

Jenis sidang

Sidang pada persidangan akan dianjurkan dalam beberapa format, dan anda akan mempunyai pilihan antara berikut:

  • Ceramah: Satu atau dua pembentang menawarkan sebuah pembentangan diikuti soalan dan komentar daripada penonton. Jumlah masa untuk ceramah (termasuk soalan dan komentar) akan diberikan sehingga 30 minit.
  • Pertunjukan: Seorang pembentang memperkenalkan kaedah kerja dengan sebuah alatan, alur kerja, atau sebuah program. Jumlah masa untuk pertunjukan (termasuk soalan dan komentar) akan diberikan sehingga 60 minit.
  • Panel: Sebuah kumpulan kecil orang membentangkan atau membincangkan sebuah topik tertentu dan memberi maklum balas kepada soalan dan komentar penonton. Jumlah masa bagi sebuah panel akan diberikan sehingga 60 minit.
  • Bengkel: Satu atau dua pemudah cara membentangkan sebuah topik dengan berhubung secara aktif dengan penonton. Jumlah masa bagi sebuah bengkel akan diberikan sehingga 90 minit.
  • Sembang kilas: Seorang pembentang memberikan ucapan tanpa susulan daripada penonton. Jumlah masa untuk sembang kilas akan diberikan selama 5 minit.
  • Meja Bulat: Sekumpulan 10—15 orang membincangkan sebuah topik tertentu. Jumlah masa bagi meja bulat akan diberikan sehingga 45 minit.
  • Poster: Sebuah topik aan dibentangkan dalam sebuah plakad yang ditayangkan di tempat yang boleh dilihat di tempat acara.

Nota:

  • Semua jenis sidang akan termasuk dalam program utama persidangan.
  • Pemiawaian tempoh masa tidak termasuk masa diperlukan untuk menukar dewan.

Borang permohonan

Anda akan diminta untuk menyediakan maklumat berikut dalam borang permohonana:

  • tajuk kertas cadangan yang dihantar;
  • topik umum yang disentuh dalam kertas cadangan;
  • tahap peningkatan dan kefahaman diperlukan bagi penyertaan;
  • nama dan komuniti gabungan pengarang;
  • sebuah abstrak menghuraikan topik kertas cadangan;
  • kenyataan ringkas tentang baaimana kertas cadangan bermanfaat.

Anda tidak akan diminta mengenai masa yang diperlukan untuk membentangkan sesi kertas cadanga anda kerana setiap jenis penyerahan akan mempunyai tempoh berpiawai untuk mana satu yang anda akan patuh (lihat Jenis Sidang). Jadi sila pastikan anda dengan baik mengubah suai kertas cadangan untuk padan dengan tempoh yang dipiawaikan bagi jenis penyerahan tertentu.

Jika sidang anda yang dicadangkan memerlukan beberapa alatan tambahan, sumber atau material, atau anda mempunyai beberapa permohonan khas (cth. tidak boleh dirakam dan/atau disiarkan, perlukan penterjemah dll.), anda boleh menambah mereka dalam seksyen "Syarat Khas".

Bagaimana untuk menyerah kertas cadangan sidang?

Anda boleh menyerahkan kertas cadangan sidang mengikut langkah-langkah berikut:

  • Langkah 0: Sila pastikan anda mengelog masuk akaun pengguna Meta-wiki (secara langsung atau melalui akaun Wikimedia Sejagat) sebelum menyerah kertas cadangan anda.
  • Langkah 1: Masukkan judul sidang cadangan anda dalam satu kotak masukan teks di bawah. Borang penyerahan kami disediakan dalam bahasa Rusia dan Inggeris memandangkan ini ialah bahasa yang diutamakan bagi sidang, tetapi anda juga boleh menyerahkan sidang anda dalam bahasa Karakalpak, Kazakh, Kyrgyz, Parsi, Tajik atau Uzbek menggunakan borang penyerahan bahasa Rusia atau Inggeris dan mengisi semua ruang dalam bahasa pilihan anda.
  • Langkah 2: Ketik butang "Serah kertas cadangan anda" di bawah kotak masukan teks yang telah diisi (akan bertukar menjadi biru) untuk mencipta laman borang permohonan baharu.
  • Langkah 3: Isi borang permohonan dengan semua data yang anda ada pada kertas cadangan anda dan simpan laman untuk menyerahkan kertas cadangan anda.

Anda sudah boleh melihat kertas cadangan yang diserah pada laman ini.



Nota: Dengan menyerahkan kertas cadangan, anda mestilah bersetuju bahawa:

  • Jawatankuasa Program akan membincangkan setiap sidang secara terperinci dengan pengarangnya atau penganjur selepas diterima;
  • Sidang akan disiarkan dan/atau dirakam semasa persidangan. Jika anda utamakan untuk tidak dirakamkan sidang anda, sila nyatakannya memandangkan ia syarat khas semasa menyerah kertas cadangan anda. Kami tidak akan merakam dan menyiarkan sidang jika ia mendatangkan keburukan kepada peserta juga pun.

Hubungi kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila jangan segan untuk menghubungi kami melalui CAWikiCon25@gmail.com.

Templat pembentangan

Jika anda mempunyai pembentangan dan tidak bersedia bahan pembentangan lagi, anda boleh menggunakan templat yang kami reka secara khusus untuk WikiKon Asia Tengah 2025 ini. Di sini ialah templat pembentangan dalam format Google Slaid, buat salinan (Ketik FailBuat salinanKeseluruhan pembentangan) dan ubahkannya kepada bentuk terbaik mengikut keperluan anda.