Jump to content

Wikimedians of the Levant/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Wikimedians of the Levant and the translation is 100% complete.
Wikimedians of the Levant

(ويكيميديا بلاد الشام)

Background

Wikimediawan Syam
LocationJordan
Lubnan
Palestin
Syria
Founding dateJanuari 2013
Approval date20 Mei 2015
Membership58
Staff1
Official language(s)Arab
Other language(s)Inggeris
AffiliationsYayasan Wikimedia
Websitehttp://www.wikilevant.org/
TwitterWikimedia Levant
FacebookWikimedia Levant

Wikimediawan Syam (dalam Arab: ويكيميديا بلاد الشام) ialah kumpulan pengguna Wikimedia untuk menggalakkan projek Wikimedia dan projek kandungan bebas lain dan capaian kepada pengetahuan di Wilayah Syam (Jordan, Lubnan, Palestin, dan Syria). Ia diasaskan pada Januari 2013 dan diiktiraf pada 20 Mei 2015 sebagai kumpulan pengguna keempat di negara-negara tuturan Arab, dan telah berkembang sejak itu untuk menjadi satu gabungan peneraju di wilayah Asia Barat dan Afrika Utara (MENA).

Wikimediawan Syam kini mempunyai 58 anggota pada 2024.

Anggota lembaga

Kakitangan

Hubungi Kami


Sebab

  • Setiap negara Syam mempunyai beberapa penyumbang dan ini menjadikannya sukar untuk menubuhkan kumpulan persendirian.
  • Persamaan yang diketahui di negara Syam dalam bentuk bahasa, sejarah, budaya, geografi dan gaya hidup.
  • Pengguna dan penyumbang di negara-negara ini berkongsi minat, cabaran, keperluan yang sama dan mereka menyertai Wikipedia dan projek yang sama. Oleh itu, sangat baik jika usaha mereka disatukan di bawah satu kumpulan yang mana boleh atasi cabaran, memenuhi keperluan dan projek dan kepentingan lebih teratur.
  • Untuk menyatukan kerja memerlukan penyertaan yang berjaya dalam projek berbeza (cth, Wiki Cinta Monumen) dari segi melaksanakan tugasan rasmi, menyediakan panduan, menggalakkan penyertaan, menganjurkan pertandingan tempatan, berkongsipengalaman dan idea, dan lain-lain.
  • Untuk menyelaraskan kerja dan rundingan berkaitan penyertaan dalam acara antarabangsa seperti Wikimania dan acara serantau seperti WikiArabia.


Objektif

  1. Mewakili Wikimedia di Syam dan mengumpulkan penyumbang Arab di negara-negara Syam dalam satu kumpulan.
  2. Menubuhkan sebuah pengkalan dan satu rujukan bagi semua warga Jordan, Palestin, Syria dan Lubnan di Wikipedia dan semua projek Wikimedia yang lain.
  3. Menggalakkan dan membangunkan kandungan berkaitan negara-negara Syam khususnya dan dunia Arab secara umum dalam bahasa-bahasa lain.
  4. Menganjurkan kegiatan, pertemuan, bengkel dan projek lain untuk penyumbang di negara berkenaan supaya ia menjimatkan tenaga dan kos.
  5. Menyatukan usaha penyumbang di bawah satu payung, terutama mereka yang mempunyai kemahiran teknikal.
  6. Mengumpulkan penyumbang yang tinggal di luar dan meminta mereka memberi fokus dan usaha dalam mengembangkan kandungan Arab, terutama yang berkaitan Syam.
  7. Menyatukan sumbangan dalam kegiatan antarabangsa, seperti pertandingan Wiki Cinta… dan lain-lain.
  8. Membangunkan rancangan pencapaian untuk duta-duta yang mewakili Wikipedia di universiti-universiti Syam, mengambil pertimbangan bahawa Program Pendidikan Jordan dan Palestin boleh digunakan sebagai platform untuk bermula.