Wikimedia+Libraries International Convention 2025/Call for Papers WikiLib Con 2025/ms
Appearance
In other languages: English (en) español (es) português (pt) français (fr) Bahasa Melayu (ms) [edit]
Laman ini menyediakan maklumat dan garis panduan umum mengenai proses penghantaran kertas persidangan --dengan atau tanpa geran biasiswa penuh atau separa penuh.
Tarikh penting
[edit]- Panggilan kertas persidangan dibuka : 01 Ogos 2024
- Panggilan kertas persidangan ditutup : 6 Oktober 2024
- Penilaian penyerahan kertas persidangan : 7 Oktober ke depan
- Pemberitahuan: ADK
Jenis penyerahan
[edit]Pertimbangkan menghantar kertas persidangan dalam mana-mana jenis sidang berikut:
Jenis | Huraian | Tempoh cadangan |
---|---|---|
Ceramah | Satu atau dua pembentang menawarkan sebuah pembentangan diikuti soalan dan komentar daripada hadirin | 35 minit |
Pertunjukan | Seorang pembentang memperkenalkan kaedah pelaksanaan sesebuah alatan, alir kerja, atau program | 45 minit |
Panel | Memudahcarakan perbincangan dalam tiga orang atau lebih mengenai topik yang dipilih awal | 45 minit |
Bengkel | Memudahcarakan sidang pengajaran dan pelaksanaan berskala kumpulan mengenai topik yang dipilih awal | 75 minit |
Bicara Kilas | Pembentangan ringkas yang berlangsung hanya beberapa minit | 5 minit |
Perbincangan Santai | Pertemuan tidak rasmi mengenai sesebuah topik | 45 minit |
Lain-lain | Topik boleh dibentangkan dalam poster atau lain-lain berdasarkan kandungan | 25 minit |
Topik
[edit]- Kongsi dan terangkan kaedah dalam mana-mana projek Wikimedia yang memperkukuh pertukaran maklumat dan/atau secara khusus memerangi maklumat palsu.
- Kenal pasti peluang-pekuang strategik untuk komuniti Wikimedia+Perpustakaan yang tidak hanya menggalakkan keserataan, kepelbagaian dan keterangkuman pengetahuan, tetapi juga memastikan pustakawan dan profesional maklumat mencabar pertumbuhan pesat maklumat palsu.
- Bertukar dan membina keupayaan sekitar alatan, jangkauan dan kerjasama Wikimedia+Perpustakaan dengan berkongsi amalan terbaik untuk perhubungan maklumat yang boleh dipercayai.
- Renung, bincang dan fikir tentang hala tuju baharu bagi alatan dan paltform sedia ada kita, terutamanya mengikut tema persidangan mengenai maklumat palsu sebagai ancaman.
- Sambung semula selepas Maynooth 2022, berhubung dan bincang perkembangan Wikimedia+Perpustakaan.
Bagaimana untuk menghantar kertas persidangan?
[edit]Anda boleh menghantar kertas persidangan dalam Inggeris, Perancis, Sepanyol atau Portugis.
Ketik pautan berikut (dalam Inggeris) untuk menghantar kertas persidangan
Hubungi kami
[edit]Untuk persoalan, sila hubungi Windblown29 atau gunakan laman perbincangan ini.