WikiNusantara 2019/Laporan/CyberTroopers
Selamat tiba kembali di kampung halaman!
Nama pengguna
[edit]Hasil
[edit]Pertamanya, saya bersyukur dapat mewakili Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia untuk mengikuti Persidangan WikiNusantara yang berlangsung di Yogyakarta, Indonesia. WikiNusantara merupakan platform persidangan yang begitu bagus untuk disertai dan saya amat berterima kasih kerana dapat turut serta dalam persidangan ini. Terima kasih kepada Wikimedia Indonesia kerana sudi menjemput saya sebagai salah seorang pembentang dalam slot Wikipedia Bahasa Melayu. Mengapa saya katakan persidangan ini sangat bagus? Hal ini kerana setiap ruang masa diisi dengan pembentangan projek yang begitu informatif. Sebagai contoh adalah ketika slot Wikimedia Incubator. Pada sebelumnya, saya kurang jelas akan fungsinya namun sebaik sahaja saya menyertai slot ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang cara kerjanya dalam menghasilkan projek-projek Wikipedia bahasa baru. Selain itu juga, masa yang terluang di projek ini juga saya manfaatkan untuk mempelajari serba sedikit berkenaan Bots bersama Rahmat kerana saya tidak dapat menyertai Lokakarya Bots akibat daripada pertindihan slot itu dengan slot saya. Terima kasih kepada beliau, saya kini memahami serba sedikit tentang cara penggunaan Bots dan telah saya wujudkan satu akaun Bots serta mengaplikasikan apa yang dipelajari di persidangan ini dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Walaupun WikiNusantara sudah tamat, saya masih lagi berhubungan dengan Rahmat untuk mempelajari serta meminta nasihat berhubung penggunaan Bots. Di samping itu juga, persidangan ini turut mencetuskan inspirasi dan idea kepada saya tentang bagaimana komuniti Wikimedia Indonesia mendekati komuniti Indonesia sehingga jumlah sukarelawannya menjadi begitu besar sekali. Penggunaan media teknologi digunapakai oleh Wikimedia Indonesia sebagai salah satu cara mengurangkan jurang pengetahuan soal projek Wikimedia dalam kalangan komunitinya. Kaedah-kaedah yang dikongsikan oleh mereka akan saya aplikasikan dalam Kumpulan Komuniti Wikimedia Malaysia bagi merekrut lebih ramai penyumbang dalam projek Wikimedia tertentu. Wikimedia Indonesia menjadi ikon contoh bagi Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia bagi usaha tersebut. Persidangan ini sebenarnya tidak sahaja terhad kepada pendedahan berkenaan projek Wikimedia, malah saya juga didedahkan dengan kebudayaan Indonesia yang begitu menarik contohnya, kunjungan ke tempat-tempat bersejarah (dibawa oleh Adien dan Thirza) dan persembahan kebudayaan yang menggunakan instrumen tradisional. Peserta turut diberi peluang untuk bermain alatan muzik tersebut termasuk saya sendiri. Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai lagi manfaat yang telah saya perolehi menerusi program ini namun tidak dapat saya senaraikan satu-persatu. Walau apapun, kesemua slotnya yang diadakan adalah sangat bagus. Saya sangat menyanjungi Jawatankuasa Wikimedia Indonesia yang menganjurkan persidangan ini. Syabas!
Jejaring
[edit]Menerusi persidangan ini, saya telah berkenalan dengan ramai sukarelawan Wikimedia Indonesia sama ada yang sebaya mahupun yang lebih berumur. Menerusi persidangan ini, saya mengambil kesempatan untuk mendengar pengalaman daripada mereka sepanjang mereka menyumbang di Projek Wikimedia. Sesungguhnya, lebih 10 orang sukarelawan Indonesia yang telah menjadi rakan kolaborasi saya dan kami masih lagi berhubung sehingga ke hari ini.
Lain-lain
[edit]Saya berharap agar persidangan seperti ini dapat diteruskan lagi di lain waktu atau juga dilakukan sebagai persidangan tahunan bagi komuniti Wikimedia Indonesia. Saya juga berharap Wikimedia Indonesia akan menjemput ahli Wikimedia Malaysia untuk tujuan berkolaborasi bagi melestarikan Projek Wikimedia dengan slogan "Pengetahuan Bebas Untuk Semua!"