User talk:Song GK
Add topicUsul kerjasama Wikipedia Bahasa Kadazandusun - Wikipedia Bahasa Iban
[edit]Salam, saya wikimedian dari kumpulan Wikipedia Bahasa Kadazandusun sekaligus Presiden Kelab Wikimedia IPGM Kampus Kent. Menyedari usaha kita yang sama dalam menghasilkan artikel berkaitan maklumat ilmiah, tempatan dan budaya lebih-lebih lagi berkaitan budaya etnik kita dalam bahasa ibunda, saya rasa tertarik untuk mengadakan kerjasama dengan kumpulan wikimedia Bahasa Iban. Lebih banyak artikel yang dihasilkan dalam bahasa ibunda, nescahya makin banyak pendedahan dunia terhadap bahasa kita. Usul kerjasama yang saya kedepankan adalah bertujuan untuk mendokumentasikan budaya yang diketengahkan oleh pihak tuan dalam Bahasa Kadazandusun yakni dalam portal Wikipedia dtp dan begitu juga sebaliknya untuk pihak tuan. Saya tidak sabar menanti respon dari pihak tuan terhadap usul saya ini. Blusjai (talk) 15:20, 26 September 2024 (UTC)
- Hai, kumpulan wikimediawan untuk bahasa Iban rasanya masih belum ditubuhkan secara rasmi sebab kesukaran saya untuk mendapatkan contact editor lain walaupun mereka agak aktif menyunting tapi saya terima kerjasama mana-mana kerjasama dengan Wikipedia Kadazandusun. Kalau ada apa-apa, bolehlah beritahu dulu kepada saya. Song GK (talk) 15:51, 26 September 2024 (UTC)
- Terima kasih kepada respon tuan terhadap usul saya, saya berfikir untuk tahap awal kerjasama, bilangan penglibatan dalam kedua-dua pihak tidak saya permasalahkan, 3 - 4 orang wikimedian dari pihak tuan pun sudah memadai untuk kita menjalin kerjasama awal. saya sangat berbesar hati untuk menjalin kerjasama dengan pihak tuan apabila pihak tuan suda mendapatkan contact editor-editor yang lain dan berbincang mengenai usul kerjasama saya iaitu perwakilan daripada Wikipedia Bahasa Kadazandusun Blusjai (talk) 03:18, 27 September 2024 (UTC)