Talk:Fundraising 2011/Brandon Letter/ms
Add topicThis translation was posted on a wrong page by Pinangjawa, but since there is already a translation here, I will post it here so it can be merged with this one if there are any improvements. Jon Harald Søby (WMF) 00:57, 19 November 2011 (UTC)
Saya seperti berada di barisan pertama obituari saya.
Saya tidak terfikir akan ada perkara lain yang saya lakukan dalam hidup saya sama pentingnya seperti apa yang saya lakukan untuk Wikipedia. Kami bukan saja membina ensiklopedia, kami bekerja untuk kebebasan orang. Apabila kita ada akses kepada ilmu yang percuma, kita ialah manusia yang lebih baik. Kami faham dunia itu lebih besar daripada kita, dan kami menjadi berjangkit dengan toleransi dan kefahaman.
Wikipedia ialah laman sesawang ke-5 paling dilawati di dunia. Saya bekerja di tanpa-keuntungan kecil yang dijaga di laman sesawang. Kami tidak menyiarkan iklan kerana dengan berbuat demikian kami akan mengorbankan kebebasan. Laman ini tidak harus dan selama-lamanya tidak menjadi alat propaganda.
Kerja kami adalah tidak mustahil kerana derma daripada pembaca-pembaca. Bolehkah anda melindungi Wikipedia dengan menderma $5, €10, ¥1000 atau berapa sahaja yang anda mampu?
Saya bekerja di Yayasan Wikimedia kerana seluruh jiwa raga saya mengatakan ianya sesuatu yang baik untuk dilakukan. Saya pernah bekerja di perusahaan-perusahaan teknologi besar, membuat kerja untuk membina sesuatu yang aneh direkabentuk untuk mencuri wang daripada kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Saya akan pulang ke rumah dari kerja yang hancur.
Anda mungkin tidak tahu, tetapi Yayasan Wikimedia beroperasi dengan jumlah pekerja yang sangat kecil. Kebanyakan laman sesawang sepuluh teratas yang lain mempunyai beribu orang pekerja dan jumlah belanja yang besar. Tetapi mereka menghasilkannya dengan apa yang kami lakukan dengan wayar dan kayu.
Apabila anda memberi kepada Wikipedia, anda menyokong ilmu percuma seluruh dunia. Anda bukan sahaja meninggalkan legasi untuk anak-anak anda dan anak-anak mereka, tetapi anda juga membuka kepada dunia akses kepada harta ini. Anda juga menjamin yang satu hari semua orang akan melakukannya juga.
Terima kasih,
Brandon Harris
Juruprogram, Yayasan Wikipedia