Piagam Gerakan/Jawatankuasa Penggubal/Pengumuman - Keputusan undian pengesahan
Keputusan pengundian pengesahan Piagam Gerakan Wikimedia
- Anda boleh cari pesanan ini diterjemahkan ke dalam bahasa tambahan di Meta-wiki. Please help translate to your language
Helo semua,
Menyusul proses pengiraan undi individu dan pertubuhan bersekutu tempatan Wikimedia, Suruhanjaya Pengundian Piagam dengan ini mengumumkan hasil pungutan undi pengesahan Piagam Gerakan Wikimedia.
Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya sebelumnya, undian ini mencapai kuorum sah untuk proses undian individu mahupun pertubuhan bersekutu tempatan pada semasa ditutup pada tanggal 9 Juli pukul 23:59 UTC. Kami mengucapkan terima kasih sebesar-besarnya kepada 2.451 pengundi individu dan 129 perwakilan pertubuhan bersekutu tempatan Wikimedia yang telah mengundi. Undi dan komen Anda amat berharga untuk menentukan masa hadapan Strategi Pergerakan.
Keputusan akhir pengundian pengesahan Piagam Gerakan Wikimedia diadakan antara 25 Jun dan 9 Julai 2024 adalah seperti berikut:
Undian individu:
Dari 2.451 undi yang diterima sebelum pukul 23:59 UTC tanggal 9 Julai, 2.446 undi dinyatakan sah. Tercatat 1.710 undi "ya"; 623 undi "tidak"; dan 113 undi memilih "-" (berkecuali). Oleh kerana undi berkecuali tidak dihitung, 73.30% pengundi memberikan undi untuk menyokong pengesahan Piagam (1710/2333), manakala 26.70% memilih untuk menolak pengesahan (623/2333).
Undian pertubuhan bersekutu:
Dari 129 perwakilan pertubuhan bersekutu tempatan yang membuang undi sebelum pukul 23:59 UTC tanggal 9 Julai, 129 undi dinyatakan sah. Tercatat 93 undi "ya"; 18 undi "tidak"; dan 18 undi memilih "-" (berkecuali). Oleh kerana undi berkecuali tidak dihitung, 83.78% pertubuhan bersekutu tempatan memberikan undi untuk menyokong pengesahan Piagam (93/111), manakala 16.22% memilih untuk menolak pengesahan Piagam (18/111).
Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia:
Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia telah memutuskan untuk tidak menyokong pengesahan Piagam Gerakan pada mesyuarat khas tanggal 8 Juli 2024. Yang di-Pertua Lembaga Pemegang Amanah Nataliia Tymkiv membagikan hasil, resolusi dan nota mesyuarat tersebut, beserta langkah selanjutnya yang akan diambil.
Dengan ini, Piagam Gerakan Wikimedia dalam semakan terkininya tidak disahkan.
Kami mengucapkan terima kasih atas penyertaan anda dalam detik penting ini dalam tadbir urus gerakan kita.
Suruhanjaya Pemilihan Piagam,
Abhinav619, Borschts, Iwuala Lucy, Tochiprecious, Der-Wir-Ing