Meta:Language select/ms
Pilih bahasa membenarkan pengguna untuk menyembunyikan bahasa asing pada laman berbilang bahasa. Ini sebagai contoh, membenarkan pembaca bahasa Perancis untuk melihat teks dalam bahasa itu pada laman ini (walaupun mereka masih dapat melihat teks bahasa Sepanyol dalam laman bahasa itu).
Di sebelah kanan terdapat dua tangkap layar Template:Stub tanpa dan dengan pilihan bahasa untuk bahasa Inggeris dan Perancis yang menggunakan kaedah CSS (lihat bawah).
Pelaksanaan
[edit]Terdapat dua pelaksanaan untuk pilih bahasa. Penyediaan suatu laman untuk pilihan bahasa adalah sama bagi kedua-dua kaedah. Kaedah CSS lama membenarkan pelbagai bahasa untuk dipilih, dimana kebanyakkannya untuk pengguna berbilang bahasa. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat mengenal pasti apabila tiada bahasa dipilih, yang menyebabkan kandungan tidak dipaparkan. Kaedah JavaScript yang baru boleh mengesan bahasa pelayar anda secara automatik (anda boleh menatarajahnya untuk mengabaikan tetapan pelayar) dan tiada apa-apa berlaku jika tiada bahasa dipilih. Walau bagaimanapun, ia hanya memaparkan satu bahasa pada satu-satu masa.
Mengenalpasti laman berbilang bahasa
[edit]Laman yang melaksanakan pilihan bahasa termasuk suatu notis yang mengaitkan kembali ke laman ini menggunakan templat {{multilingual}}. Tidak ada sebarang perbincangan mengenai logo digunakan untuk tujuan ini. Logo yang digunakan sekarang ialah Localisation2.svg.

Cadangan oleh Zscout370

Cadangan oleh Pathoschild

Cadangan "Glob aksara"

Boleh dilihat dalam semua pelayar
Ruang lingkup tetapan bahasa
[edit]Maklumat teknikal
[edit]Suatu laman berbilang bahasa mengandungi kelas CSS "multilingual", dengan teks dalam setiap bahasa terkandung dalam kelas "lang-xx", dimana xx ialah huruf kecil kod bahasa dua huruf atau tiga ISO 639 dan sifat lang. Sifat lang secara konteks lebih tepat tetapi CSS diperlukan untuk dihubungkan kerana ia tidak disokong oleh sesetengah pelayar. Jika tidak ada kod dua huruf, maka kod tiga huruf kecil digunakan. Jika anda menterjemahkan pesanan sedia ada dan tidak tahu apa bahasa itu, gunakan kod "und".
Laman contoh dalam bahasa Inggeris, Arab, Inggeris Lama, Perancis, Latin dan Melayu:

This text is English.

هذا النّص عربي.

Þis wordu is Englisc.

Ce texte est Français.

Haec verba latina sunt.

Teks ini dalam bahasa Melayu.

Templat
[edit]Templat {{ls}} memudahkan pelaksanaan pemilihan bahasa. Contohnya, dua baris berikut adalah setara:
{{ls|ms|Teks ini dalam bahasa Melayu}}
'''Bahasa Melayu:''' Teks ini dalam bahasa Melayu.

Penggunaan
[edit]Sila ambil perhatian bahawa dua pelaksanaan yang digunakan boleh menimbulkan pencanggahan antara satu sama lain. Jadi gunakan satu sahaja pada satu-satu masa.
Keterangan di bawah ini menganggap anda menggunakan kulit Monobook.
Helaian Gaya Bertindih (CSS)
[edit]Tambah baris berikut pada helaian gaya anda. Anda boleh menyuntingnya jika anda ingin menetapkan bahasa yang anda sukai.
/* hide all languages */ .multilingual { display:none; } /* unhide selected languages */ .multilingual .lang-en, .multilingual .lang-fr { display:block; }
Jika anda menggunakan pelayar yang mempunyai sokongan baik terhadap CSS (seperti Mozilla Firefox atau Opera), secara konteksnya, anda perlu menggunakan CSS yang bersesuaian.
.multilingual *[lang] {display:none;} .multilingual *[lang|=en], .multilingual *[lang|=fr] {display:block;}
JavaScript
[edit]Kaedah JavaScript diaktifkan secara lalai pada Wikimedia MetaWiki. Anda boleh nyahdayakannya dengan menambah baris yang berikut di fail skrip anda.
ls_enable = false;
Anda boleh lihat contoh JavaScript di bawah. Jika pemilihan bahasa dinyahdayakan, semua teks akan dipaparkan.
Apabila menentukan bahasa, gunakan kod, bukan nama penuh.
Anda boleh melihat kod JavaScript di Commons:MediaWiki:Multilingual description.js.