Kelab Wiki Kent/Sejarah
Appearance
Sejarah
- 1-31 Julai 2021: Linah Bagu, Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun dilantik sebagai salah satu juri pertandingan memasukkan perkataan bahasa Orang Asal di Malaysia, WikiKata.
- 11 November 2022: Kegiatan Wikimedia pertama yang diadakan di IPGK Kent iaitu Bengkel Wikikamus bahasa Kadazandusun.
- Januari 2023: Pelajar-pelajar menyertai pertandingan #100hariwiki dan seorang pelajar memenangi tempat pertama.
- 14 Mac 2023: WikiGap 2023 anjuran Kedutaan Besar Sweden di Kuala Lumpur diadakan bersempena dengan Hari Wanita Sedunia.
- 20 Mei 2023: Seorang pelajar menjadi pelatih di Bengkel Wikimania NYAA di Singapura.
- 30-31 Mei 2023: Linah Bagu dicalonkan oleh WCUGM untuk menghadiri persidangan antarabangsa, Forum Internet Stockholm.
- 30-31 Mei 2023: Kelab mengadakan projek mendokumentasikan Kaamatan, WikiBudaya Kaamatan di KDCA.
- 15-20 Ogos 2023: 3 pensyarah dan 8 pelajar menghadiri persidangan antarabangsa Wikimania Singapura atas tajaan Yayasan Wikimedia dan WCUGM.
- 18 Ogos 2023: Kelab telah dirasmikan pada 18 Ogos 2023 di Wikimania Singapura.
- 29 Ogos 2023: 1 pensyarah dan 2 pelajar menghadiri resepsi pembukaan rasmi Konsulat Kehormat Sweden di Kota Kinabalu atas cadangan WCUGM.
- 8 September 2023: Perjumpaan pertama dan pelantikan ahli jawatankuasa 2023/2024.