Jump to content

Event:WikiTour Sibu 2024

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki

Pengenalan

[edit]

Bahasa etnik di pelbagai negeri di Malaysia kini menghadapi ancaman kepupusan akibat kurang dikenali dan didedahkan kepada masyarakat sekeliling. Oleh yang demikian, Kelab Wiki Kent (KWK) di IPGM Kampus Kent telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan platform Wikikamus kepada para guru sebagai usaha untuk melestarikan bahasa tempatan.

Wikikamus, sebuah projek di bawah organisasi bukan untung Wikimedia, merupakan kamus digital yang telah mendigitalkan banyak bahasa etnik di Sabah, termasuk Bahasa Kadazandusun, Murut, dan Bajau. Usaha serupa dirancang untuk membantu bahasa etnik lain di seluruh Malaysia. Bagi tujuan itu, sebuah bengkel bahasa etnik Iban di Sarawak di bawah projek Wikitour 2024 pun dilaksanakan.

Matlamat

[edit]

Matlamat utama Bengkel ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan pendigitalan bahasa ibunda agar tidak hilang ditelan zaman. Selain itu, melalui pelaksanaan bengkel ini, diharapkan dapat membuka fikiran dan kesedaran ahli kelab terhadap ancaman-ancaman bahasa etnik seterusnya memupuk semangat cinta akan bahasa-bahasa etnik di Malaysia. Dalam waktu yang sama, diharapkan agar bengkel ini dapat mendorong minat ahli kelab untuk lebih bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kelab.

Rasional

[edit]

Bahasa ibunda ialah bahasa tempatan yang dituturkan oleh masyarakat dalam Malaysia, hinggalah timbul bahasa piawaian yang telah mengalihkan pandangan masyarakat daripada bahasa tersebut. Walaupun mempunyai bahasa piawaian yang diguna pakai secara meluas, bahasa tempatan di setiap negeri wajar dimartabatkan semula kerana ia merupakan identiti dan simbolik kepada penutur bahasa tersebut selain menjadi salah satu keunikan yang membentuk Negara Malaysia yang madani. Hilangnya bahasa maka, hilanglah bangsa.

Objektif

[edit]
  • Memperkenalkan platform Wikikamus kepada guru - guru di sekolah.
  • Membantu mendigitalkan bahasa etnik tempatan ke dalam Wikikamus.
  • Mengenali bahasa etnik tempatan di setiap negeri yang berkaitan melalui perkongsian semasa aktiviti.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan guru sebagai jurulatih dalam bengkel Wikikamus.

Butiran

[edit]
Nama WikiTour Sibu 2024
Tarikh 14 Ogos 2024
Tempat Hotel Premier Sibu, Sarawak
Dashboard WikiTour Sarawak 2024

Fasilitator

[edit]

Berikut adalah senarai fasilitator bagi program ini:

Peserta

[edit]

Berikut adalah senarai peserta program ini:

Hasil

[edit]

Penganjur

[edit]

Dengan Kerjasama

[edit]
  • JPN Sarawak [1]