Event:WikiTour Perak 2024
WikiTour Perak 2024
Start and end time
Location
Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak Malaysia
Join event chat group
0 participants
Pengenalan
[edit]Bahasa etnik bagi masyarakat di pelbagai Negeri di Malaysia kini menghadapi ancaman kepupusan akibat kurangnya dikenali dan didedahkan bahasa tersebut kepada masyarakat sekeliling. Oleh yang demikian, Kelab Wiki Kent dan Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia telah mengadakan WikiTour 2024 yang diadakan di 3 buah negeri di Malayisa iaitu Perak, Sarawak dan Sabah. WikiTour Perak 2024 merupakan satu inisiatif Kelab Wiki Kent dan Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia telah bekerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk memperkenalkan kepada pensyarah dan pelajar Minor Bahasa Kadazandusun di UPSI berkaitan dengan platform Wikikamus bagi memastikan kelangsungan bahasa Kadazandusun pada masa akan datang. Wikikamus merupakan projek di bawah organisasi bukan untung Wikimedia iaitu merupakan sebuah kamus digital yang kini telah mendigitalkan banyak bahasa etnik khususnya di Sabah termasuklah Bahasa Kadazandusun.
Matlamat
[edit]Matlamat utama Bengkel ini adalah untuk membantu pensyarah dan pelajar Minor Bahasa Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mendigitalkan bahasa ibunda khususnya Bahasa Kadazandusun agar tidak hilang ditelan zaman. Selain itu, melalui pelaksanaan bengkel ini, diharapkan dapat membuka fikiran dan kesedaran peserta dan ahli kelab terhadap ancaman-ancaman bahasa Kadazandusun seterusnya memupuk semangat cinta akan bahasa ibunda. Dalam waktu yang sama, diharapkan agar bengkel ini dapat mendorong minat ahli kelab dan peserta untuk lebih bergiat aktif dalam WikiKamus pada masa hadapan bagi melestarikan bahasa Kadazandusun.
Objektif
[edit]- Memperkenalkan platform Wikikamus kepada pensyarah dan pelajar Minor Bahasa Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
- Menanamkan minat pensyarah dan pelajar Minor Bahasa Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam memperluaskan lagi budaya dan bahasa Kadazandusun.
- Memperkenalkan projek Wikimedia kepada pensyarah dan pelajar Minor Bahasa Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai salah satu medium pendigitalan yang berkesan dalam memelihara budaya Kadazandusun secara khususnya Wikimedia Common dan Wikikamus.
- Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi selaku jurulatih dalam bengkel Wikikamus.
Butiran
[edit]Nama | WikiTour Perak 2024 |
Tarikh | 29 Jun 2024 |
Tempat | Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak |
Dashboard | WikiTour Perak 2024 |
Fasilitator
[edit]Berikut adalah senarai fasilitator bagi program ini:
Kegiatan
[edit]Antara kegiatan yang akan berlangsung dalam program ini adalah seperti berikut:
Fokus kegiatan | Justifikasi |
---|---|
Wiktionary | Tutorial menyumbangkan perkataan dalam Bahasa Kadazandusun ke dalam Wikikamus Bahasa Melayu dengan mengambil kira perkara berikut:
|
Wikimedia Commons | Bengkel berkenaan dengan penggunaan atau polisi Wikimedia Commons dan juga cara-cara memasukkan gambar ke dalam Wikicommons. |
Wikipedia | Tutorial menulis artikel di laman wikipedia Bahasa Kadazandusun.
pautan: https://dtp.wikipedia.org/ |
Peserta
[edit]Berikut adalah senarai peserta bagi program ini:
- Abigailmarly
- Aeriash
- Alexsius Windorivindo
- Anderia Catelina
- Anisss12
- Beron2401
- Caella01
- Clarence John
- Claudiayyvvae
- Dellyvie
- Eriscilla Bakuk
- Ethan.jun
- Eve Daphney
- Fendi Kamilis
- Jcg291
- Jelena2702
- Jesslenny
- Kfley
- Kimaragang24
- Kungai02
- Linah66
- Loyyy1209
- MINAH SINTIAN
- Nana7607
- Nissyyyy
- Njietta
- Nursuhadah
- Pamela0427
- PebbyyyA
- RAIENO MANSAWIT
- Reanney25
- Rjyohoti
- Rosliah Kiting
- Russell Mg
- Salinin03
- Shahirah11
- SHEN SHERLYN ROLAND
- Therese1211
- Vanesloo
- ZERNIKA ERNI JALIUS
- Ziela Adrian
Hasil
[edit]dtp Wikipedia | ms wikikamus (dtp – mas) | Wikimedia Commons | |
---|---|---|---|
laman baru dicipta | 14 | 214 | - |
Laman dinaik taraf | 3 | 42 | - |
Suntingan | 21 | 298 | - |
Bait diubah | 6348 | 39820 | - |
Fail dimuat naik | - | - | 64 |