Sauna AI
Sertai kami dalam meneroka bagaimana AI bakal membentuk masa depan Budaya Bebas!!
AvoinGLAM menjemput pendukung Budaya Bebas dan pencipta ekosistem terbuka untuk menyertai GLAM s (Galleries, Libraries, Archives and Museums) Finland, projek penyelidikan dan syarikat-syarikat dalam membayangi masa depan Budaya Bebas pada zaman AI kini. Acara ini diadakan di Helsinki pada 6-7 Mei sejurus selepas acara Hackathon Wikimedia di Tallinn pada 3-5 Mei. Acara dua hari ini akan mendengar ceramah berinspirasi dari peserta, meneroka tema umum dan bekerja dengannya menerusi bengkel latihan pada hari kedua.
Kami berhasrat untuk menjemput pembangun dari pelbagai latar teknologi, pakar warisan, pembuat polisi dan pembuat ekosistem terbuka, institusi ingatan, akademik dan industri berdasarkan teknologi. Dengan kapasiti maksimum seramai 100 peserta, kami ingin memastikan bilangan kumpulan yang sama bagi setiap perwakilan. Setiap orang adalah penting, dan kami berterima kasih atas keberadaan anda di sana.
Dukacita ingin dimaklumkan, kami tidak dapat menyediakan subsidi untuk perjalanan atau penginapan, dan keupayaan kami untuk menanggung kos hidangan dan sauna bergantung kepada sokongan kewangan yang mungkin. Acara ini adalah percuma, dan kami menghargai pemahaman anda mengenai kesulitan ini.
Kenapa penyertaan ini idea yang bagus untuk saya?
Bagi profesional dalam bidang kebudayaan dan warisan, ini merupakan peluang terbaik untuk menyaksikan teknologi AI dengan lebih dekat dan berbincang dengan kelompok setara bagaimana penggunaan teknologi itu boleh diperlihatkan.
Kolaborasi yang terjalin dengan perwakilan dari beberapa organisasi yang mendukung persekitaran bebas, tidak mustahil untuk menjangkakan perkembangan dalam perkongsian terbuka bagi bahan berkaitan warisan kebudayaan pada masa depan.
Acara ini adalah peluang untuk memfokuskan kepada perbincangan dan bertukar-tukar pandangan atau ramalan dalam pembangunan dan berkesempatan mencuba sendiri alatan dan teknologi yang ada. Sama ada anda kali pertama bertemu dengan teknologi AI atau ini adalah profesion anda, kami berharap acara ini akan memberikan maklumat berguna bagi aktiviti anda yang seterusnya.
Program
Isnin 6 Mei: Membangkitkan keyakinan
Ceramah berinspirasi
10:00–13:00 Ceramah berinspirasi di sebelah pagi menandakan bermulanya acara ini yang diadakan di bilik bacaan lama di National Archives of Finland. Senarai penceramah belum dimuktamadkan.
10:30–
- Osma Suominen, Perpustakaan Nasional Finland
- Eero Hyvönen, HELDIG
- Fiona Romeo, Kebudayaan & Warisan, Yayasan Wikimedia
- Johan Jönsson, Pendengar akan datang, Yayasan Wikimedia
- George Oates, Yayasan Flickr
- Connor Benedict, Creative Commons
- Alicja Peszkowska, Open Future
- Kaj Arnö & Robert Silén, Yayasan Maria DB & Projekt Fredrika
Beberapa bahagian program ini akan disiarkan secara langsung dalam talian.
Bengkel
- Berkenalan antara satu sama lain
- Menyesuaikan diri dengan bahan, alatan dan cadangan projek
- Menjana idea, topik dan perspektif
- Membentuk kumpulan bekerja
Sauna dan kolam renang laut
Selasa 7 Mei: Hari Menggodam
Kerja-kerja amali
Kami menggunakan terma menggodam, yang biasanya merujuk kepada ceramah berkaitan pengaturcaraan. Namun begitu, aktiviti tidak seharusnya bersifat teknikal. Ia boleh menjadi program yang kecil atau besar, dirancang dengan teliti atau sampingan. Program juga boleh dianjurkan dalam bentuk ujian, ceramah, pembelajaran, menggodam atau apa-apa sahaja yang terbaik untuk semua orang bagi mendapatkan pemahaman yang bagus tentang bagaimana AI digunakan bersama koleksi kebudayaan warisan.
Organized by
- AvoinGLAM
- Open Knowledge Finland
- Department of Computing / University of Turku
- National Library of Finland Finna dan Finto
- National Archives of Finland
- Tekoälykahvit
- Digitaalisen kulttuuriperinnön pyöreä pöytä
- Kirahub
- CSC
Thank you for your support
Organisasi yang turut serta
Rakan kongsi akan ditambah setelah mereka disahkan.
- FIN-CLARIAH / Language Bank
- Helsinki City Museum
- Wikimedia Deutschland
- Creative Commons Open Culture Platform
- Wikimedia Foundation Culture and Heritage team
- MariaDB Foundation
- Projekt Fredrika
- HELDIG
- Semantic Computing Research Group (SeCo)
- LaOficina Producciones Culturales
- Yle
- Open Future