Meta:Latar belakang
Selamat datang ke Wikimedia Meta-Wiki (sering kali disingkat Meta-Wiki atau ringkasnya Meta), sebuah wiki untuk menyelaraskan projek-projek Wikimedia.
Tujuan
Meta mempunyai tiga fungsi yang berkait rapat antara satu sama lain tetapi melibatkan subset pengguna yang berbeza.
- Perbicaraan dan perumusan projek-projek Wikimedia, khususnya perbicaraan mengenai dasar yang berkait untuk seluruh projek, seperti masalah lesen bebas. Tempat pusat untuk perbincangan ialah Wikimedia Forum. Beberapa perbincangan peringkat tinggi, digelar secara utama pada tahun 2009, dipecah ke Strategy Wiki.
- Tempat untuk penyelarasan antarbahasa (antarwiki) dan antarnegara memerhatikan projek-projek Wikimedia dan gerakan Wikimedia secara umum, termasuk perbicaraan dalam bahasa-bahasa selain inggris. Ini termasuk permintaan (untuk Wikimedia atau wiki lainnya), penerjemahan dan berita, dan penerangan, dokumentasi, dan perbincangan dari kegiatan secara masa-nyata dan fakta berkait dengan Yayasan Wikimedia dan rakan. Lihat pula reports, events, outreach:, dan geran.
- Sebuah forum untuk esei mengenai projek Wikimedia. Kerana biasanya tidak dibuat berdasarkan sudut pandang neutral, esei perlu diringkas dalam halaman isu yang neutral dari beberapa sudut pandang menggunakan format seperti TIPAESA dan format bahagian IPA. Terdapat skala kebebasan dalam menentukan apa yang berkait dengan projek-projek Wikimedia, yang membuat meta seperti wiki meatball, membincangkan kebiasaan wiki dan sebagainya. Dokumentasi Terdapat sebahagian berasingan sekarang (lihat dibawah). Tugas ini termasuk research dan perbincangan berkait.
Sebuah kategori membekalkan perwakilan gambaran besar dari kandungan Meta.
Meta bukanlah
- Tapak pelupusan untuk rencana-rencana yang tidak boleh diperbaiki dari laman Wikipedia yang lain.
- Sekiranya anda ingin mencipta laman wiki anda sendiri, sila rujuk senarai perisian Wikipedia.
- Jika anda mencari komuniti yang berdasarkan laman wiki, sila rujuk [w:Comparison of wiki farms|komuniti-komuniti wiki yang lain], atau senarai komuniti yang dicipta oleh MeatballWiki.
- Jika anda mencari ruang web percuma, anda boleh merujuk sini.
- Ini adalah laman untuk memberi huraian mengenai perisian MediaWiki. Perisian itu sendiri mempunyai laman wiki tersendiri di MediaWiki.org. Isi kandungan dan halaman yang berkaitan sepatutnya dipindahkan.
Komuniti
Sama ada laman Meta mempunyai komuniti adalah perkara yang sering dibincangkan. Apa yang pasti adalah laman ini tidak mempunyai komunitinya tersendiri, dan dipisahkan dengan komuniti-komuniti bawah pelbagai projek Wikimedia. Bak kata seseorang, "Sebuah projek Meta hanya wujud untuk dan mengenailaman-laman wiki Wikimedia yang lain, bukannya sebagai sebuah projek berkandungan untuk laman ini sendiri. Boleh katakan ianya adalah komuniti kepada komuniti yang lain, berbanding komuniti yang berdiri dengan sendiri."[1]
Ini juga bermaksud banyak perbincangan, proses dan aktiviti yang berlaku di Meta, dengan pelbagai peserta dan pihak bertanggungjawab (jika ada) terlibat, antaranya seperti beberapa jawatankuasa Wikimedia, steward, kakitangan WMF untuk geran-: tanpa satupun dari mereka, adalah di bawah Meta. Meta ialah tempat dan alat untuk "pesertanya" mencapai tujuan-tujuan mereka, bukan mengambil watak di dalamnya; malah lagi kurang satu darjat kuasa berbanding yang lain.
Ditegaskan bahawa terdapat komuniti yang spesifik untuk Meta: ia adalah kumpulan pengguna yang tidak dikawal yang selalunya aktif dalam beberapa atau banyak aktiviti (selalunya dari pengguna serba tahu), yang mengambil berat tentang memenuhi tujuan di atas, dan seseorang yang biasanya akan menentang bagi tujuan yang sama.[2]
"Metawikian" (Ahli Metawiki) ialah terma yang kadang-kala digunakan, merujuk kepada keahlian yang spesifik untuk "komuniti Meta", yang terlibat secara aktif di Meta, contohnya sebagai penyumbang kepada kandungan laman atau sebagai fasilitator dalam mana-mana perbincangan atau proses.
Asal usul
Meta-Wiki pada awalnya dibangun sebagai "Meta-Wikipedia" pada bulan November 2001 sebagai wadah untuk menjaga agar Wikipedia lebih bersih, dengan cara memindahkan seluruh isi meta (isi mengenai tapak web Wikipedia dan para penggunanya), yang berlawanan dengan isi sebenarnya (rencana ensiklopedia), ke sebuah wiki yang baru. Sejak pemutakhirannya ke perisian MediaWiki untuk Wikipedia, Meta telah menjadi forum perbincangan multibahasa yang digunakan oleh seluruh komun bahasa Wikimedia. Dengan peningkatan jumlah projek dan terjemahan Wikimedia, begitu juga jangkauan Meta semakin meningkat. Sebagai sejarahnya, banyak halaman-halaman lama di Meta yang masih berdasarkan kepada Wikipedia, akan tetapi banyak digunakan ke seluruh projek Wikimedia. Bermawal dari tumpuan pada versi Wikipedia bahasa Inggeris, Meta-Wikipedia telah, sejak diperbarui dengan piranti lunak MediaWiki, telah menjadi sebuah forum perbicaraan pelbagai bahasa yang digunakan oleh seluruh masyarakat bahasa Wikimedia. Dewasa ini, Meta terdiri dari 151,029 rancangan.
Polisi Meta
- Meta:Polisi mengenai penyertaan
- Meta:Polisi mengenai penghapusan
- Polisi dan panduan
- Polisi privasi
- Polisi mengenai penyeliaan
- Polisi mengenai projek baru (lampau)
Lihat juga
- Yang sedang berlaku
- Meta:Kategori — Halaman browsing untuk memulakan
- Meta's Zeitgeist dapat memberikan arahan aktifitas utama untuk setiap bulan (hanya di namespace utama, biarpun dapat lebih spesifik)
- Meta:Babel templates - kompetensi bahasa para pengguna Meta
- Meta:Cleanup
- Meta:Permohonan penghapusan
- Meta:Permohonan pengembalian penghapusan
- Portal projek - Senarai portal projek Wikimedia
- Yayasan Wikimedia dan projek Wikimedia.
Nota
- ↑ Diambil dan diterjemah dari Pathoschild, 29 September 2011.
- ↑ Diadaptasikan daripada Anthere, 29 Mac 2006; lihat juga MeatBall:AhliKomuniti untuk prinsip umum.